July 18, 2013

Sayang Aqilah Ahli Syurga

Semalam kali pertama ber'attachment' sejak 4 tahun bergelar medical student
walaupun tiap kali pulang summer break, mak akan tanya;

'K.Ngah tak buat attachment ke tahun ni?' -Ini FAQ dari mak yang concern *Frequently Asked Question

'Erkk, tahun depan lah mak.'*Sengih -Ini FAQ dari anak yang 'rajin' *Frequently Answered Question

Doktor Hospital kanak2 yang comel!!

Department: Paediatrics

Tipu kalau kata tak rindu 
Bohong kalau kata tak sedih

Rindu dan sedih jadi satu..
Teringat dekat sayang Aqilah
Sempat bersamanya tak sampai 2 tahun

Tengok alat oxygen supply, teringat dekat Aqilah yang kena guna benda tu
Tengok nebulizer (baru tahu namanya semalam), teringat dekat Aqilah yang nangis-nangis tak nak pakai benda tu.


Aqilah Ahli Syurga

Untungnya adik Aqilah, tak sempat buat dosa DIA dah panggil,
Tak banyak sangat nak cerita pasal Aqilah sebab Aqilah tak banyak meragam.
Hanya menangis bila kena makan ubat yang banyak.
Ubat tak sedap tapi mak paksa  juga Aqilah makan nak bagi jantung Aqilah kuat.
Tiap-tiap petang,benda yang paling K.Ngah tak suka adalah dengar Aqilah menangis.
Masih terbayang-bayang Aqilah menangis sampil tepis syringe ubat.

Aqilah suka gelak bila kena acah
Tapi mak tak bagi kakak-kakak acah sangat
Sebab bila Aqilah banyak gelak Aqilah penat

Sebelum Aqilah pergi, Allah bagi mimpi kat ayah,
Dalam mimpi tu Aqilah bangun dan boleh berjalan macam orang sihat
Aqilah pimpin tangan ayah, berjalan dan tiba-tiba Aqilah lepaskan tangan ayah
Aqilah pergi dan tinggalkan ayah seorang diri.

Aqilah pergi masuk syurga dulu!!


Masuk syurga nombor satu!!

Diceritakan satu kisah dalam sebuah hadis, dua orang hamba Allah datang berjumpa Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam dan masuk Islam pada hari yang sama.Salah seorang daripadanya lebih bersungguh-sungguh melakukan ibadat kerana Allah, berdakwah dan berjihad sehinggalah beliau mati syahid.Manakala, seorang lagi meninggal dunia pada tahun berikutnya. (bukan mati syahid).

Talhah bin Ubaidillah telah bermimpi. Dalam mimpi itu, Talhah dan dua orang hamba Allah itu berada di hadapan pintu Syurga. Malaikat datang dan membawa hamba Allah yang mati biasa (bukan syahid) ke dalam syurga terlebih dahulu dan barulah diikuti oleh hamba yang mati syahid.
Kemudian Malaikat berkata, 'Talhah, kamu pergi, masa kamu belum tiba lagi'.
Talhah tersedar dari mimpi dan sangat terkejut.

Talhah pergi berjumpa Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam dan baginda bertanya;

'Kenapa kamu terkejut'

Talhah menjawab;

'Seorang yang mati syahid dan mulia masuk syurga lebih lambat dari seorang yang mati biasa yang mati setahun selepasnya. Subhanallah, bagaimana ini berlaku Ya Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam ?'

 Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam bersabda;

'Wahai Talhah, bukankah yang mati terkemudian itu mendapat setahun lebih daripada yang mati syahid'

Talhah menjawab;

'Benar Ya Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam'

Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam bersabda;

' Hamba tersebut sempat merasai Ramadhan lebih sebulan (daripada yang mati syahid) dan kuat beribadat pada bulan Ramadhan itu sehingga perbezaannya dengan yang mati syahid itu seperti bumi dan langit.'

 *sumber; http://www.youtube.com/watch?v=_voXiQi8bkY




Ramadhan; Big Sale!!

Subhanallah!! hebatnya tawaran Ramadhan dari Sang Pemurah.
Hang taw, orang bijak dop berebut-rebut nak tawaran Big Sale Ramadhan ni.
Hang lagu mana?? Bijak jugak ka.??


July 15, 2013

Ramadhan berlari, Aku merangkak..

*luahan hati seorang hamba yang belum hamba

Allah....
Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim

Hamba-Mu ini masih belum mengenalMu
Masih belum sampai kepadaMu
Masih belum 'menjadi hamba'

Sebab..
bila diuji aku melatah
bila harapanku punah aku menggelabah

Sedang..
Hamba itu selayaknya diuji
Hamba itu sememangnya diuji
Hamba itu seharusnya diuji
Diuji oleh pemiliknya yang Agung


Allah,
Aku diuji
Mungkin Kau rindu
Rindu pada rintihan hambaMu Siti Aisyah Binti Mohd Sari
Yang kian lalai dan tersasar

Allah...
bawa aku sampai kepadaMu
Jangan biar aku tersesat
menyimpang dari jalan menujuMu

Sungguh,
Engkau tempatku bergantung harap
Sebab aku hambaMu yang dhaif


12.43AM,07Ramadhan1434H
Ramadhan larianmu kencang
Sedang aku perlahan merangkak

April 16, 2013

Aazaanon

Ayat Quran ni
Bacalah sikit!!
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, 
mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] 
dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] 
dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. 
Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raaf : 179.

ENT: Ear Nose Throat
Sekarang saya dah masuk round akhir tahun 4,
belajar subjek telinga, hidung dan kerongkong!!wow epik


Hmm..telinga
dalam quran 7: 179 disebut 'aazanon '
guna untuk dengar ayat-ayat ALLAH

atau

bahasa kampungnya:

guna untuk dengar orang mengaji
guna untuk dengar orang ceramah
guna untuk dengar orang bagi nasihat

kalau tak
samalah manusia dengan binatang
eh bukan,
lagi sesat dari binatang


dulu ayah tak bagi tengok akademi fantasia
tak bagi tengok anugerah bintang popular
tak bagi tengok anugerah skrin
ayah kata,
'akhirat nanti Tuhan bubuh timah panas dalam telinga, nak?'

dengar benda-benda baik je

dengarlah,
kalau saya suruh undi PAS
undilah PAS

UNDI PAS TAU!!

PRU 13
INI KALILAH!!

April 6, 2013

Pesanan buat Cik Dukturah

Masa pantas berputar,
Detik demi detik,
Tanpa sedar,
Masuk pula Round ENTik.

*Erk, pantun ke nih.
Bolehlah tu.
Dah memang berjiwa doktor.
Dah memang bukan keturunan A. Samad Said

Entahlah,
Hati sangat terusik tadi
Jumpa dua patient
Satu  ada tumor dekat hidung
Satu lagi malignant otitis externa.

Kali ni lain,
Rasa sedih walaupun dah selalu jumpa patient
sebab..
sebelum patient datang,
Dr Hazem pesan;

'Your patient is someone else. Show your respect to them.
While they are telling you about their pain, their symptoms,
their diseases; do listen well. It's not about nothing.
It's about ethic. Ya, ethic! Put it number one. Have you learned
about doctor-patient relationship in commed. Its very important.'

Dush!!

Selama ni depan patient selamba je
Masa orang lain ambil history,
Borak-borak dengan kawan-kawan,
Gelak-gelak dengan kawan-kawan,
Ouch,unconcius rude action!

Bayangkan patient tu sebahagian daripada keluarga kita
Kurangnya adab kita.
Mana pergi akhlak kita
Walhal dari darjah satu dah belajar akhlak.

Apa yang tak elok kena ubah,
Mari berakhlak dengan akhlak mulia!



*klik untuk tumbesaran.
Bahasa Omputeh- sebab malas nak tukar bahasa dari buku
Clinical Medicne Phrasebook in colloquial egyptian language

Moga ALLAH bimbing kita,
Moga DIA redha dengan jalan ini.

#drhazemajarbestharussuka

March 28, 2013

Belajar dari Pelajaran Mata *Epik

Langkah kaki diatur laju, jalannya semacam tidak selari. Sekejap dia ke kiri, sekejap dia ke kanan mengelak orang-orang berjalan perlahan, memilih untuk menikmati suasana pagi mungkin. Angin yang bertiup dari Sungai Nil sedikit mencengkam tubuh. Pantas tangan diangkat, memeluk tubuh. Sejuk.

‘Ish, rugi pula tak pakai sweater tadi’ hati kecilnya berbisik.

Bulan Mac sudah menjengah, namun angin musim sejuk belum mahu mengalah. Belum puas agaknya berkhidmat untuk penghuni bumi seribu menara ni. Jadinya, cuaca pun sukar diramal.

Di hadapan, pintu gerbang hijau terpahat ukiran ‘KASR EL AINY MEDICAL SCHOOL’ mula kelihatan. Dia mengangkat sedikit tangan kiri sambil bebola mata mengamati muka jam tangan bersegi empat keluaran SWATCH . Jarum panjang menunjukkan angka sepuluh. Dia menarik nafas lega, berbaki sepuluh minit untuk sampai ke kelas. Langkah kaki diatur kemas menuju ke Department Opthalmology nun jauh dibelakang fakulti.
 ***

Matanya terpejam rapat menahan pedih. Ada cecair jernih mengalir laju. Pipinya basah. Pantas pisau di tangan kanan dibaringkan ke chopping board. Bawang merah di tangan kiri dilepaskan.

‘Ah, bisa betul bawang merah ni’




Aktiviti memayang bawang terpaksa ditangguhkan. Mata memerlukan rehat, tidak tahan dengan aromanya. Air mata yang terhasil kesan daripada refeks untuk mengurangkan iritasi pada mata. Alhamdulillah, betapa besar nikmat ALLAH dan Astaghfirullah, betapa sedikit manusia yang bersyukur.

Bawang merah kembali dimayang. Tidak dapat tidak, tugas menyediakan makan malam untuk ahli beit Khazinatul Asrar mesti disempurnakan. Tugas diniatkan kerana ALLAH, insya ALLAH dapat sahamnya di akhirat.

Begitulah perihalnya dengan tugas belajar medic, jika diniatkan ikhlas keranaNYA, insyaALLAH ganjaran dari SANG PEMURAH itu tersedia. Semuanya keranaNYA.

“ BELAJAR kalau betul diniatkan kerana ALLAH, makin bertambah ilmu, makin TAKUT kita kepada ALLAH “ tegas Abang Baihaqi, selaku graduan Cairo University  yang disegani. (Takut, bacaTAQWA)

PAP!! Terasa ada sesuatu menghempap batang hidung tatkala teringat kalam itu. Sakit.
Belajar medic sudah masuk tahun keempat. Nak lebih spesifik belajar PELAJARAN MATA dah habis pun.
Belajar benda sekecil-kecil kejadian, tapi boleh bagi kesan besar pada mata. Hebat ciptaanNYA.
Hari ke hari, ILMU makin bertambah, tapi TAQWA bagaimana.

‘Betul ke aku ni belajar niat semata-mata kerana ALLAH’
Niat tu datangnya dari hati. Hati yang bersih pastinya.

Bekas garam dicapai, ditaburkan sedikit sebagai persiapan terakhir sebelum dihidang .
Ayam masak paprik ekspres sedia untuk disantap.
‘Korang, makan malam dah siap. Jom makan!

DIA, pemberi yang paling setia.
Kita, penerima yang sentiasa alpa.

#pascaendroundopthal

June 18, 2012

Hati dia Al-Farouq


"Aku hanyalah seorang Umar. Jika tidak kerana Islam, tiadalah kemuliaanku. Andai semua manusia pergi ke syurga kecuali seorang, aku sangat bimbang orang itu ialah AKU."- Sayyidina Umar al-Khattab

Dia sahabat yang dijanjikan syurga..
Dia mentua Rasulullah S.A.W..
 Dia setelah memeluk Islam, Rasulullah S.A.W bersabda;
Daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah S.A.w bersabda : Apabila Umar memeluk Islam,Jibrail pun datang dan berkata : Ya Muhammad , sesungguhnya seluruh makhluk langit
bergembira dengan Islamnya Umar
Dia digelar Al-Farouq oleh Rasulullah S.A.W

Tetapi 
dia punya hati yang tawaddhuk..
yang merasakan orang lain hebat
yang merasakan dirinya hina ..


hati ibarat bekas

Pandanglah saudara-saudara kita dengan pandangan 'izzah..
Pandangan yang merasakan mereka semua adalah lebih MULIA daripada kita..
Lebih baik dari kita..
Lebih hebat dari kita..


Jika kamu melihat Si kecil...
Mungkin Si Kecil itu lebih mulia dari kamu oleh sebab kurangnya dosa

Jika kamu melihat mereka yang lebih berusia...
Mungkin mereka itu lebih banyak amalnya dari kita

Jika kamu melihat Si Kaya...
Mungkin Si Kaya itu lebih banyak sedekahnya berbanding kita

Jika kamu melihat Si Miskin...
Mungkin mereka lebih kaya jiwanya berbanding kita...

Jika kamu melihat mereka yang berbuat maksiat...
Mungkin saja mereka sempat bertaubat sebelum ajal dan mendapat husnul khatimah

Lahir sebagai MUSLIM itu ALHAMDULILLAH
Hidup sebagai MUSLIM itu SUBHANALLAH
Mati sebagai MUSLIM itu INSYAALLAH

awak lagi comel!!

June 6, 2012

Mencari hikmah, Mengintai redha

Ayat dalam buku PATHOLOGY dibaca,
' hematogenous osteomyelitis caused by bacteraemia, reaching blood through TRIVIAL INJURIES........end.’
Hafal

Ulang..

Dan ulang...


Through...? TRIVIAL  INJURIES. Yes! Buku Systemic Pathology ditutup.

Yakin. Point ini akan ditulis dalam kertas jawapan Pathology esok. Eh, bukan yakin. Sangat yakin!

Siapa kita.?

1200 a.m. Pen diletak. Kertas jawapan Pathology bertukar tangan. Bangun dari kerusi meninggalkan dewan.
Alhamdulillah, tak sangka tajuk hematogenous osteomyelitis yang dibaca semalam betul-betul keluar. Ya, tajuk yang dihafal  semalam.
' hematogenous osteomyelitis caused by bacteraemia, reaching blood through TRIVIAL INJURIES........end.’
Tapi, ada sesuatu terlintas di fikiran...

Ya ALLAH, mana point TRIVIAL INJURY tu. Tiada. Tak tertulis. Point lain pula yang ditulis.Salah. YA ALLAH!!

Rasa marah dan kecewa. Marahkan diri sendiri. Kecewa dengan...?? TAKDIR!! Astaghfirullah..

Dalam perjalanan pulang, sambil kaki melangkah, otak mula ligat berfikir. Berfikir dan berfikir mencari HIKMAH. Mengintai hikmah dihelaian kertas Pathology.

Kenapa ALLAH tak izinkan saya jawab soalan yang memang saya dah baca.

Hmm...mungkin ALLAH nak bagi...
atau mungkin juga ALLAH nak...

Mencari hikmah..?
Ya, hikmah

Kenapa perlu dicari hikmah..?
Supaya hati tenang dan redha dengan ujian.

Tak yakin ke setiap apa yang berlaku pasti terselit hikmahnya..?
Errkk..yakin je rasanya

Kalau HIKMAH yang dicari tu tak dijumpai, maknanya tak redha la..?
Errkk..terasa ada batu menghempap..nasib baik tak jatuh.

DIA TUHAN, kita hamba!!

Bernafas dalam jiwa hamba

Ya, saya tanya diri saya, kenapa saya selalu mencari hikmah dahulu baru hati akan tenang, baru hati akan redha dengan takdirnya. Selagi hikmah itu tidak dijumpai, selagi itulah bermacam-macam persoalan timbul. Seolah-olah tak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Tak puas hati dengan takdirNYA..? ALLAH..

Kenapa tidak terus redha dengan ujian, terima takdirNYA seadanya..??

Kenapa tidak yakin setiap apa yang berlaku PASTI ada hikmahnya...?

Pernah ke DIA takdirkan yang sia-sia..??

Kenapa TIDAK CUBA BERNAFAS DALAM JIWA HAMBA..??

Ya, berJIWA HAMBA..bukankah lebih tenang begitu.


 Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

Yakin DenganNYA

Yakinlah dengan apa yang berlaku tak ada yang sia-sia. Mungkin terdetik sedikit perasaan yakin pada pembacaan sendiri hingga seakan-akan terlupa pada kuasaNYA.  ALLAH, teguran daripadaNYA.
saya teringin nak jadi macam awak :)


Hikmah itu memang ada, mungkin ia bakal tersingkap atau ia memang tersembunyi. Mungkin juga cepat ataupun lewat. Tidak perlu terlalu mencari-cari hikmahnya, bimbang kalau-kalau hikmah yang dicari tidak diketemui. Ada la hikmahnya. Redha.

 "Sesiapa yang tidak reda terhadap takdir yang telah berlaku dan tidak sabar terhadap cubaan daripada-Ku, maka carilah Tuhan selain aku." (Riwayat Tabrani).

Percayalah, ada hikmah terselit di sebalik lembaran kertas PATHOLOGY :)

May 14, 2012

Pinjamkan saya senjata, boleh?

Baginda S.A.W bersabda bermaksud: “Doa itu adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.”(Hadis riwayat Al-Imam Al-Hakim)
 Bulan berganti bulan, minggu berganti minggu, hari berganti hari, jam berganti jam, saat berganti saat makanya tibalah masanya yang tak ditunggu-tunggu...

jadual exam final yang cantik

 Pinjamkan saya senjata doa. Doakan kita semua mendapat yang terbaik di sisinya, berjaya dalam exam dunia (yang tak seberapa jika nak dibandingkan dengan exam akhirat) dan lebih-lebih lagi exam akhirat nanti.ameen ya rabb.
 Doa itu senjata kuat.Sekuat badang..?

Tak, lagi kuat dari badang, lagi kuat dari gunung, lagi kuat dari api,lagi kuat dari air, lagi kuat dari angin !

Siapa yang bagitahu.?

ALLAH yang bagitahu..

Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya, bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat, lalu para malaikat mengadap Allah SWT.

Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang? Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu bagaimana Engkau memaku bumi ini wahai Rab? tanya para malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung ganang di berbagai belahan bumi".

Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung ganang, bumi pun diam dan berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.
Kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

"Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku ini?"

"Ada!" jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rab? tanya malaikat lagi.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rab, adakah yang lebih kuat lagi selain air?" sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus." jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku."

Demikian Allah SWT menjelaskan.-   (Hadis Qudsi)


Jangan lupa untuk selitkan doa untuk saudara-saudara kita di PALESTIN. Moga mereka terus kuat mengharungi ujian yang sangat dahsyat. Hari ini merupakan ulangtahun Hari Nakhbah yang ke 64.

Moga suatu hari nanti PALESTIN menjadi milik kita. Ameen !

May 11, 2012

Cerita Cinta Dia ,Saya & Kamu

Tet..tet

Objek merah bersegi empat mengeluarkan bunyi, menandakan ada mesej masuk.

Butang tengah ditekan.
Bebola mata bergerak dari kiri ke kanan, meneliti satu persatu kandungan mesej.
Mulut menguntum senyum.

Jari-jemari pula memainkan peranan, menekan-nekan keypad handset, menaip sesuatu dan akhir sekali butang tengah ditekan.

Message sent

Tanpa sedar, ada sepasang mata yang comel memerhatikan gelagat saya, dan dari jauh dia mula mendekat..

'Haa..K.Ngah, mesej dengan orang lelaki ye..?' Muadz, ketika itu baru berusia 6 tahun mendekati saya.

Terkesima.

Saya menggelengkan kepala. Senyum.

'Mana ada, ni kawan K.Ngah la, perempuan !' akui saya jujur.

Sengaja ingin menduga Mu'adz, satu soalan saya ajukan.

'Mu'adz, kenapa K. Ngah tak boleh mesej dengan lelaki ye?'

'Sebabnya, nanti besar K.Ngah kena kahwin dengan lelaki' Mu'adz menjawab ringkas, berlalu pergi meninggalkn saya yang terkebil-kebil mendegar jawabannya.

Erkk..

Fitrah dan Fitnah

Cinta itu fitrah. Fitrah yang perlu diraikan supaya tidak menjadi fitnah. Fitnah kepada agama. Macam mana tu..?

Macam sekarang ni, kan banyak jenis cinta ada..

'CINTA ANA ENTI ' aka cinta budak-budak sekolah AGAMA
Ok, nama dah sedap, 'macam' tak salah..'macam' bagus

tapi ada yang lebih PARAH, penghafaz Quran pun terjebak sekali !!

'CINTA HAFIZ HAFIZAH'..sharing ayat Quran, kejutkan untuk bangun qiam, ingatkan untuk puasa sunat etc..

maka Inche Ali dan Cik Alisya yang tak belajar agama ni pun buat kesimpulan;

'Oh, sebenarnya couple ni boleh je. Ustaz Hafiz dengan Ustazah Hafizah tu pun couple. Tapi kita kena couple islamik la. Awak hantar mesej tazkirah pada saya. Nanti, kalau awak bangun qiam, miskol saya sekali'

Hah..tu diaaa... Kan dah jadi fitnah.

Nak bercinta, nak ber'dating' semua  tu boleh, Islam tak larang. Tapi dengan 1 syarat. Satu syarat je, mudah kan..

Kita ingatkan balik apa tujuan kita diciptakan ;

“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia itu kecuali untuk beribadah kepada-Ku” Az-Zariyat:56

makanya,
Biarlah bercinta  itu menjadi ibadat..
Biarlah ber'dating' itu menjadi ibadat..

Oh, macam mana tu.?
KAHWIN !! Kalau dah nama pun IBADAT, insyaALLAH pahala pun dapat.
Baiknya DIA.


Nak Kahwin ke Nak Belajar?

'Aisyah, aku tanya kau satu soalan boleh..?' kawan serumah saya bertanya, memecahkan kesunyian bilik pada suatu petang, waktu study leave.


Mata saya terhenti pada satu baris ayat yang dibaca. Mata dialihkan dari buku. Memandangnya.

'Hmm..tanya je la'

'Kau nak kahwin waktu belajar ke selepas belajar?'


'Hmm..dah agak dah' tak terkejut pun dengan soalan tu.

Sebab?

Sebab dalam waktu 'study leave' ni, isu kahwin dah macam sebati je.
Tak tahulah sama ada jenis 'penyakit' hereditary daripada senior-senior atau 'penyakit' acquired, penyakit yang pandai-pandai cari sendiri.

Satu simbolik yang saya rasa tepat untuk menggambarkan situasi ni adalah ;

'kahwin ni ibarat makan nasi dengan solat'- QUOTED

Situasi Dr. Fahrin- Azan Zohor baru saja berkumandang. Perut pula bertukar melodi dari zapin kepada rap. Masuk ke dapur, nasi sudah pun terhidang. Ayam masak merah bersama acar dan segelas jus tembikai di sisi.

Situasi Dr. Haikal- Azan zohor baru saja berkumandang. Perut pula bertukar melodi dari zapin kepada rap. Masuk ke dapur, angkat saji kosong. Tengok periuk kosong. Buka fridge pun kosong. Tiada makanan.

Ha, macam mana nak selesaikan masalah 2 doktor kita ni..
Senang je, alang-alang nasi dah tersedia, Dr. Fahrin eloklah makan dulu lepas tu baru solat. Kalau solat juga, AlFatihah pun boleh tersasul pula nanti. Kalau Dr. Haikal tu pula, solatlah dulu. Janganlah pula nak keluar pergi beli makanan dulu. Silap haribulan, makanan tak dapat solat pun terlepas.


Tukar Lorong

Andai kata masanya BELUM SESUAI, apa kata kita cuba untuk tukar lorong,
lorongkan cinta mengikut PRIORITI..
Prioriti kita sebagai hamba..letak ALLAH nombor satu!


daripada cinta makhluq kepada cinta Khaliq
daripada cinta fana' kepada cinta Agung.

Kita kagum dengan dia sebab dia baik. Tak salah, sebab fitrah manusia sukakan kebaikan.
TAPI, cepat-cepat ingatkan diri kita yang DIA jauh lagi baik kan?


Kita kagum dengan dia sebab dia bijak. Tak salah, sebab fitrah manusia sukakan kebijaksanaan.
TAPI, cepat-cepat ingatkan diri kita yang DIA jauh lagi bijak kan?

Kita kagum dengan dia sebab dia kaya. Tak salah, sebab fitrah manusia sukakan kesenangan.
TAPI, cepat-cepat ingatkan diri kita yang DIA jauh lagi kaya kan?

OSEM kan..?
'Sampai bila kita hendak kagum dengan keenakan kek sahaja dan tak cuba untuk mengenal si pembuat kek'

dan sejauh mana pun si dia sayangkan kita.
ingatlah bahawa DIA lebih-lebih lagi sayangkan kita, kasih sayang yang tiada bandingan

'Jika dia menghampiriKu sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta, jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia datang berjalan kepadaKu, Aku akan berlari kepadaNya. Yakni segera menyahut segala permintaannya'- Hadis Qudsi

Janji ALLAH benar. Allah ciptakan manusia itu berpasangan. Kejar cinta YANG PERTAMA, insyaALLAH cinta kedua, ketiga akan menyusul.


March 8, 2012

Chipsmore

Chipsmore cicipsmore

'ada internet tak?' soalan diajukan pada ahli beit sebaik sahaja kaki menjejak lantai rumah.
Hasrat hati nak mendengar suara insan-insan tersayang disana.
Rindu! Rindu kalam taujihat mereka. Truly need someone to make me strong..

'kejap ada..kejap takde' jawabnya ringkas.

'hmm..macam chipsmore pulak'.Kecewa.Dah lama tak skype.

Internet macam chipsmore..CICIPsmore..hmm

'K.ngah, muadz nak biskut cicipsmore', berlari-lari Muadz mendaptkan biskut plastik kuning di tangan saya.

'haha..biskut apa Muadz?'

'Biskut cicipsmore la..Muadz suka biskut ni'

'haha..chipsmore la awak'

Internet yang chipsmore penambah rindu.. :)


Rapuh macam Chipsmore

'Muadz jatuh'
Hati tersentap tatkala membaca status FB adik.

Main-main ke betul-betul ni. Ish, jangan la main-main dengan benda macam ni. Bila duduk jauh, bab-bab family ni cepat je touching..

'patah tangan'
status di'reply'

Adoi, Muadz nak jadi hero filem apa pulak ni. Macam mana la boleh patah. Jatuh tempat rendah je. Heh, Muadz tu badan kecik tak padan dengan umur tau. Tangan melidi je. Ok, tulang crunchy macam chipsmore. Macam chipsmore. Haha, kakak yang baik suka hati je samakan tangan adik macam chipsmore. Oh, kakak yang baik..


 'Muadz kena bedah esok..ada satu tempat lagi patah yang tak dapat nak detect sebelum ni, kalau setakat simen je tak padan'

Huh..apa cer..?

'Kat hospital ni ramai doktor PELATIH' teringat ayah bercerita suatu hari.

Oh, patutla macam tu. Cepat je hati su'u zon dengan doktor HO. How can they all can't detect another fracture. Bahaya tu! Ehem2, mentang-mentang la dah pergi 1st aid hari tu. Dah belajar TEORI untuk detect fracture..

there are 4 sure signs of fracture..
1. deformity
2. shortening
3.false motion
4.crepitus

ok..doktor-doktor, sila hafal teori ni. Nanti jadi doktor HO yang baik..INSYAALLAH

Hati macam Chipsmore 

'Ayah..k. ngah risaukan Muadz la' suara di talian menahan sebak. Sedih tak dapat bersama dengan family waktu susah macam ni. Hospital dah jadi rumah kedua mak dan ayah. Nak study pun tak senang, teringat kat hero seorang tu.

'Ala.. k.ngah, tak payah la nak risau-risau macam ni. Semuanya ada dalam qada' dan qadar ALLAH. Doa dan solat hajat minta pertolongan ALLAH' tenang suara ayah. Redha dengan semua yang berlaku.

Oh, ayah..bila agaknya anak ayah ni nak jadi sekuat ayah. Sungguh, hati ni memang tak kuat. Agaknya banyak sangat noda-noda hitam kat hati ni. Macam chipsmore!! heh..

Hati yang ternoda. Hati tu ibarat sekeping papan yang licin. Bila sekali buat dosa,simbolik satu paku diketuk pada papan tersebut. Bila dah bertaubat, buat muhasabah balik, cabut balik paku tersebut. Once paku tu dah tercabut, kesannyan masih ada kan. Papan pun dah cacat, tak cantik.Tak hilang sampai bila-bila. Begitulah hati yang dah ternoda.

Hati manusia biasa ni sangat sensitif. IMMUNOCOMPROMIZED!! teett
Cepat je sakit, ada je penyakitnya...

bila dipuji sikit dah RIYA'
bila buat amal ibadat lebih sikit dah UJUB
bila diberi nikmat lebih sikit dah SOMBONG
bila tengok orang lain lebih dari kita mula la HASAD

RIYA', UJUB, SOMBONG, HASAD. etc..etc

Belajar medik bukan main lagi buku tebal-tebal. For what.?Untuk nak rawat jasad manusia right.?
Tapi, kalau hati kita yang berpenyakit, dibiarkan sahaja tanpa rawatan apa-apa . From acute,it will turn to chronic and lastly hati pun MATI..NAUZUBILLAH MIN ZALIK

Are we fair enough.? ??
Hati tempat pandagan ALLAH..sedangkan jasad tu tempat pandangan manusia je.

Hati-hati menjaga hati

hmm..nasib baik ALLAH bagi hati satu je. Yang satu ni pun susah nak menjaga.

“…Ketahuilah dalam jasad ada seketul daging, bila baik daging itu maka baiklah keseluruhannya. Jika buruk daging itu maka buruklah keseluruhan jasad itu. Ketahuilah daging itu adalah Hati.”


"Allahumma ya muqallibal qulub, tsabit qulubana 'ala diinik wa 'ala ta 'atiq"

* erk, seriusly rasa tak layak untuk menulis soal hati...islah nafsak wad'u ghairak