May 14, 2012

Pinjamkan saya senjata, boleh?

Baginda S.A.W bersabda bermaksud: “Doa itu adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.”(Hadis riwayat Al-Imam Al-Hakim)
 Bulan berganti bulan, minggu berganti minggu, hari berganti hari, jam berganti jam, saat berganti saat makanya tibalah masanya yang tak ditunggu-tunggu...

jadual exam final yang cantik

 Pinjamkan saya senjata doa. Doakan kita semua mendapat yang terbaik di sisinya, berjaya dalam exam dunia (yang tak seberapa jika nak dibandingkan dengan exam akhirat) dan lebih-lebih lagi exam akhirat nanti.ameen ya rabb.
 Doa itu senjata kuat.Sekuat badang..?

Tak, lagi kuat dari badang, lagi kuat dari gunung, lagi kuat dari api,lagi kuat dari air, lagi kuat dari angin !

Siapa yang bagitahu.?

ALLAH yang bagitahu..

Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya, bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat, lalu para malaikat mengadap Allah SWT.

Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang? Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu bagaimana Engkau memaku bumi ini wahai Rab? tanya para malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung ganang di berbagai belahan bumi".

Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung ganang, bumi pun diam dan berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.
Kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

"Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku ini?"

"Ada!" jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rab? tanya malaikat lagi.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rab, adakah yang lebih kuat lagi selain air?" sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus." jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku."

Demikian Allah SWT menjelaskan.-   (Hadis Qudsi)


Jangan lupa untuk selitkan doa untuk saudara-saudara kita di PALESTIN. Moga mereka terus kuat mengharungi ujian yang sangat dahsyat. Hari ini merupakan ulangtahun Hari Nakhbah yang ke 64.

Moga suatu hari nanti PALESTIN menjadi milik kita. Ameen !

May 11, 2012

Cerita Cinta Dia ,Saya & Kamu

Tet..tet

Objek merah bersegi empat mengeluarkan bunyi, menandakan ada mesej masuk.

Butang tengah ditekan.
Bebola mata bergerak dari kiri ke kanan, meneliti satu persatu kandungan mesej.
Mulut menguntum senyum.

Jari-jemari pula memainkan peranan, menekan-nekan keypad handset, menaip sesuatu dan akhir sekali butang tengah ditekan.

Message sent

Tanpa sedar, ada sepasang mata yang comel memerhatikan gelagat saya, dan dari jauh dia mula mendekat..

'Haa..K.Ngah, mesej dengan orang lelaki ye..?' Muadz, ketika itu baru berusia 6 tahun mendekati saya.

Terkesima.

Saya menggelengkan kepala. Senyum.

'Mana ada, ni kawan K.Ngah la, perempuan !' akui saya jujur.

Sengaja ingin menduga Mu'adz, satu soalan saya ajukan.

'Mu'adz, kenapa K. Ngah tak boleh mesej dengan lelaki ye?'

'Sebabnya, nanti besar K.Ngah kena kahwin dengan lelaki' Mu'adz menjawab ringkas, berlalu pergi meninggalkn saya yang terkebil-kebil mendegar jawabannya.

Erkk..

Fitrah dan Fitnah

Cinta itu fitrah. Fitrah yang perlu diraikan supaya tidak menjadi fitnah. Fitnah kepada agama. Macam mana tu..?

Macam sekarang ni, kan banyak jenis cinta ada..

'CINTA ANA ENTI ' aka cinta budak-budak sekolah AGAMA
Ok, nama dah sedap, 'macam' tak salah..'macam' bagus

tapi ada yang lebih PARAH, penghafaz Quran pun terjebak sekali !!

'CINTA HAFIZ HAFIZAH'..sharing ayat Quran, kejutkan untuk bangun qiam, ingatkan untuk puasa sunat etc..

maka Inche Ali dan Cik Alisya yang tak belajar agama ni pun buat kesimpulan;

'Oh, sebenarnya couple ni boleh je. Ustaz Hafiz dengan Ustazah Hafizah tu pun couple. Tapi kita kena couple islamik la. Awak hantar mesej tazkirah pada saya. Nanti, kalau awak bangun qiam, miskol saya sekali'

Hah..tu diaaa... Kan dah jadi fitnah.

Nak bercinta, nak ber'dating' semua  tu boleh, Islam tak larang. Tapi dengan 1 syarat. Satu syarat je, mudah kan..

Kita ingatkan balik apa tujuan kita diciptakan ;

“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia itu kecuali untuk beribadah kepada-Ku” Az-Zariyat:56

makanya,
Biarlah bercinta  itu menjadi ibadat..
Biarlah ber'dating' itu menjadi ibadat..

Oh, macam mana tu.?
KAHWIN !! Kalau dah nama pun IBADAT, insyaALLAH pahala pun dapat.
Baiknya DIA.


Nak Kahwin ke Nak Belajar?

'Aisyah, aku tanya kau satu soalan boleh..?' kawan serumah saya bertanya, memecahkan kesunyian bilik pada suatu petang, waktu study leave.


Mata saya terhenti pada satu baris ayat yang dibaca. Mata dialihkan dari buku. Memandangnya.

'Hmm..tanya je la'

'Kau nak kahwin waktu belajar ke selepas belajar?'


'Hmm..dah agak dah' tak terkejut pun dengan soalan tu.

Sebab?

Sebab dalam waktu 'study leave' ni, isu kahwin dah macam sebati je.
Tak tahulah sama ada jenis 'penyakit' hereditary daripada senior-senior atau 'penyakit' acquired, penyakit yang pandai-pandai cari sendiri.

Satu simbolik yang saya rasa tepat untuk menggambarkan situasi ni adalah ;

'kahwin ni ibarat makan nasi dengan solat'- QUOTED

Situasi Dr. Fahrin- Azan Zohor baru saja berkumandang. Perut pula bertukar melodi dari zapin kepada rap. Masuk ke dapur, nasi sudah pun terhidang. Ayam masak merah bersama acar dan segelas jus tembikai di sisi.

Situasi Dr. Haikal- Azan zohor baru saja berkumandang. Perut pula bertukar melodi dari zapin kepada rap. Masuk ke dapur, angkat saji kosong. Tengok periuk kosong. Buka fridge pun kosong. Tiada makanan.

Ha, macam mana nak selesaikan masalah 2 doktor kita ni..
Senang je, alang-alang nasi dah tersedia, Dr. Fahrin eloklah makan dulu lepas tu baru solat. Kalau solat juga, AlFatihah pun boleh tersasul pula nanti. Kalau Dr. Haikal tu pula, solatlah dulu. Janganlah pula nak keluar pergi beli makanan dulu. Silap haribulan, makanan tak dapat solat pun terlepas.


Tukar Lorong

Andai kata masanya BELUM SESUAI, apa kata kita cuba untuk tukar lorong,
lorongkan cinta mengikut PRIORITI..
Prioriti kita sebagai hamba..letak ALLAH nombor satu!


daripada cinta makhluq kepada cinta Khaliq
daripada cinta fana' kepada cinta Agung.

Kita kagum dengan dia sebab dia baik. Tak salah, sebab fitrah manusia sukakan kebaikan.
TAPI, cepat-cepat ingatkan diri kita yang DIA jauh lagi baik kan?


Kita kagum dengan dia sebab dia bijak. Tak salah, sebab fitrah manusia sukakan kebijaksanaan.
TAPI, cepat-cepat ingatkan diri kita yang DIA jauh lagi bijak kan?

Kita kagum dengan dia sebab dia kaya. Tak salah, sebab fitrah manusia sukakan kesenangan.
TAPI, cepat-cepat ingatkan diri kita yang DIA jauh lagi kaya kan?

OSEM kan..?
'Sampai bila kita hendak kagum dengan keenakan kek sahaja dan tak cuba untuk mengenal si pembuat kek'

dan sejauh mana pun si dia sayangkan kita.
ingatlah bahawa DIA lebih-lebih lagi sayangkan kita, kasih sayang yang tiada bandingan

'Jika dia menghampiriKu sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta, jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia datang berjalan kepadaKu, Aku akan berlari kepadaNya. Yakni segera menyahut segala permintaannya'- Hadis Qudsi

Janji ALLAH benar. Allah ciptakan manusia itu berpasangan. Kejar cinta YANG PERTAMA, insyaALLAH cinta kedua, ketiga akan menyusul.