January 27, 2012

tentang selawat

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatnya memberi salawat kepada Nabi Muhammmad Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuknya dan ucapkanlah salam dengan sepenuh penghormatan (Al-Ahzab : 56)
 'Selawat kalau dari Allah ertinya memberi rahmat dari malaikat bererti memintakan rahmat, dan kalau dari orang-orang mukmin bererti minta supaya diberi rahmat'

Sempena bulan RABIULAWWAL, bulan kelahiran nabi ni, tersangatlah MOLEK kalau kita perbanyakkan selawat utk baginda. Dan tersangatlah kebetulan bila tengah belek2 buku 'Menyukat Solat Diri'  ni sambil menikmati udara petang + penghujung musim sejuk + hati senang xpikir exam, tetiba terjumpa point pasal keutamaan selawat berdasarkan hadis2.

Antaranya;
comel adik ni :p
  •  para malaikat akn berselawat kpd seorang hamba, selama hamba itu berselawat kpda RASULULLAH SAW
  • org yg mengucpkan selawat sekali, akn dibalas ALLAH 10 kebaikan, serta dihapus 10 keburukannya, dimuliakan darjatnya 10 darjat
  • dapat menimbulkan keberkatan bg harta yg dpt mmberi manfaat dan kebaikan kpd sesama manusia
  • selawat dapat menjadi penawar dan pemberi pertolonga pada hari kiamat kelak
  •  malaikat mncatatkan mereka yg berselawatdngn tinta emas dan lembaran perak yg berisi janji dibebaskan drpd api neraka
  • mereka yg berselawat akn dibebaskan drpd bicara dn sikap munafik
  • akan bergandingan tangan dengan RASULULLAH SAW pd hari kiamat kelak
  • malaikat akn memohnkan keampunan bg orang yg berselawatdn menebarkan rasa damai dn tenteram di hati mereka
  • selawat dpt menambah berat timbangan amal kebaikan serta menghapus rasa haus pd hari kiamat kelak
  • org yg bnyk berselawat, apabila meninggal dunia selawat yg diamalkannya dpt memohonkan keampunan kpda ALLAH di alam kuburnya
  • selawat dpt mempercepatkan langkah saat melintasi jambatan api neraka
  • selawat merupakan pengganti sedekah, bg org yg x mampu bersedekah
  • orang yg plg banyak berselawat, dialah yg plg terang cahayanya pd hari kiamat

OK..dah penat menaip dah panjang,dah banyk kelebihannya, tinggal nak amal je pulak :)

January 25, 2012

i LOVE w.b !!



Telah bersabda Rasulullah S.A.W : " Tidak berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia menggunakan kemudaan dan kecergasannya. " (HR Tarmizi)

ALLAHUMMAGHFIRLANA..

tetibat teringat adik mu'adz


terkedu sekejap bila baca hadis ni..

Allah....
ap yg dah dibuat dengan umur yg dah 20 tahun 7 bulan ni..??
ap yg dah dibuat dengan ilmu sejak dr sekolah maahad smpailah tahun 3 fakulti perubatan ni..?
ap yg dah dibuat dengan duit2 elaun jpa ni..?
ap yg dah dibuat dengan tubuh badan yg cergas beserta nikmat sihat yg telah dianugerahkan NYA..?

KALAU jawapan semuanya untuk ISLAM..ALHAMDULILLAH
TAPI...
KALAU bukan, muhasabahlah diri selagi usia masih ada..

 

Umar ra berkata, 'hitung-hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung di hari kiamat'

btw, fasa winter break pun dah tiba...
tapi ..ibadah tak pernah ada break..
study pun  tak jugak ada break..
klu wktu kuliah tak sempat nak belek2  buku-buku laen..nak hadam buku medik ap bagai..
waktu ni lah boleh belek2 non-medical book yang dah berhabuk dalam almari tu..
'uhuk..uhuk..ok2..muhasabah!!'




nota hari ni :)

hari ni mesir menyambut ulang tahun pertama selepas revolusi 25 januari 2010

hari ni jugak dah masuk 2 rabiulawwal, jom banyak2kan selawat..moga kita mndapat syafaat..insyaALLAH

hari ni jugak rasa jeles sgt dekat kawan2 yg balik malaysia..ok, JELES!!

hari ni jugak dpt taw yg adik usrah sy akan kahwin...ai, langkahbendullapulak

selamat ber'winter break'
 

January 12, 2012

bahagia antara dua...

bahagia.. ^_^
(1) 
nah, jadual exam mid year..
tengok dengan hati yang bahagia :)

   

bahagia.. ^_^
(2)
keluar dewan exam patho...
A: ^_^
B: kau rase soalan td senang ke susah..?
A: ^_^ susah..
B: tp, asal ak tengok smua happy je..xde pun cakap soalan susah..
A: emm, tngok..ak pun happy je  ^_^

otw balik umah..sempat je shopping blouse satu :)
lagi bahagia ^_^


bahagia..^_^
(3)

balik umah...
..jeng3

sedia untuk mkan malam bersama ahli beyt...
home made choc cake yang superb
home made lasagne yang cheezy




gambar sebenar x sempat nak snap..curi gmbar uncle google je..tp cam sama je :)
peristiwa ini berlaku disebabkan oleh ketiadaan gas selama semnggu..ni kes terpencil, qadha masak namanye!!
ahli beyt makan dan tidur sambil tersenyum :P






B.A.H.A.G.I.A...
emm..sejak akhir2 ni,sy selalu tertnya2..bahagia tu mcm mne..?
otw blik kelas, tngok gelagat orang ramai..mak cik jual tisu, ammu jual fatirah, walad menjaja 'isy..bahagia ke mereka semua tu..??

adakah bahagia itu hanya dirasai bila kita selesai mengharungi sesuatu ujian..?
oh..sy x habis exam lagi, bahagia je..makan trlebih selera lg

atau..

adakah juga apabila kita berjaya melakukan sesuatu perkara dengan baek..?
oh..sy xleh jawab exam patho pun bahagia je..xpyah stress pkir bnda dh lpas..

atau..
adakah  juga apabila kita dpat membahagiakan dn menggembirakan orang sekeliling kita..?
oh..itu mungkin..

tapi..
sebagai muslim, saya yakin yang kita semua akan rasa bahagia bila ALLAH REDHA DENGAN KITA..kan3

so, formula untuk bahagia mudah je;  buatlah apa saja yg kita yakin dngan buat bnda tu, ALLAH REDHA DENGAN KITA..buatlah dengan bahagia
sebab bahagia itu datang dari ALLAH..
hmm, formula yang senang..formula xsama dengan aplikasi..

eh eh, macam mana plk klu STUDY PHARMA . exam hr ahad ni...


study dngn bahagia..hafal nama ubat yg comel2



OK..jom study dengan bahagia, kejar MARDHATILLAH..
gudluck untuk semua..doakan saya. semoga malaikat pula mendoakan kamu ^_^






post pertama setelah masuk 3rd year
bahagia antara dua..separuh pelajar separuh doktor