June 18, 2012

Hati dia Al-Farouq


"Aku hanyalah seorang Umar. Jika tidak kerana Islam, tiadalah kemuliaanku. Andai semua manusia pergi ke syurga kecuali seorang, aku sangat bimbang orang itu ialah AKU."- Sayyidina Umar al-Khattab

Dia sahabat yang dijanjikan syurga..
Dia mentua Rasulullah S.A.W..
 Dia setelah memeluk Islam, Rasulullah S.A.W bersabda;
Daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah S.A.w bersabda : Apabila Umar memeluk Islam,Jibrail pun datang dan berkata : Ya Muhammad , sesungguhnya seluruh makhluk langit
bergembira dengan Islamnya Umar
Dia digelar Al-Farouq oleh Rasulullah S.A.W

Tetapi 
dia punya hati yang tawaddhuk..
yang merasakan orang lain hebat
yang merasakan dirinya hina ..


hati ibarat bekas

Pandanglah saudara-saudara kita dengan pandangan 'izzah..
Pandangan yang merasakan mereka semua adalah lebih MULIA daripada kita..
Lebih baik dari kita..
Lebih hebat dari kita..


Jika kamu melihat Si kecil...
Mungkin Si Kecil itu lebih mulia dari kamu oleh sebab kurangnya dosa

Jika kamu melihat mereka yang lebih berusia...
Mungkin mereka itu lebih banyak amalnya dari kita

Jika kamu melihat Si Kaya...
Mungkin Si Kaya itu lebih banyak sedekahnya berbanding kita

Jika kamu melihat Si Miskin...
Mungkin mereka lebih kaya jiwanya berbanding kita...

Jika kamu melihat mereka yang berbuat maksiat...
Mungkin saja mereka sempat bertaubat sebelum ajal dan mendapat husnul khatimah

Lahir sebagai MUSLIM itu ALHAMDULILLAH
Hidup sebagai MUSLIM itu SUBHANALLAH
Mati sebagai MUSLIM itu INSYAALLAH

awak lagi comel!!

June 6, 2012

Mencari hikmah, Mengintai redha

Ayat dalam buku PATHOLOGY dibaca,
' hematogenous osteomyelitis caused by bacteraemia, reaching blood through TRIVIAL INJURIES........end.’
Hafal

Ulang..

Dan ulang...


Through...? TRIVIAL  INJURIES. Yes! Buku Systemic Pathology ditutup.

Yakin. Point ini akan ditulis dalam kertas jawapan Pathology esok. Eh, bukan yakin. Sangat yakin!

Siapa kita.?

1200 a.m. Pen diletak. Kertas jawapan Pathology bertukar tangan. Bangun dari kerusi meninggalkan dewan.
Alhamdulillah, tak sangka tajuk hematogenous osteomyelitis yang dibaca semalam betul-betul keluar. Ya, tajuk yang dihafal  semalam.
' hematogenous osteomyelitis caused by bacteraemia, reaching blood through TRIVIAL INJURIES........end.’
Tapi, ada sesuatu terlintas di fikiran...

Ya ALLAH, mana point TRIVIAL INJURY tu. Tiada. Tak tertulis. Point lain pula yang ditulis.Salah. YA ALLAH!!

Rasa marah dan kecewa. Marahkan diri sendiri. Kecewa dengan...?? TAKDIR!! Astaghfirullah..

Dalam perjalanan pulang, sambil kaki melangkah, otak mula ligat berfikir. Berfikir dan berfikir mencari HIKMAH. Mengintai hikmah dihelaian kertas Pathology.

Kenapa ALLAH tak izinkan saya jawab soalan yang memang saya dah baca.

Hmm...mungkin ALLAH nak bagi...
atau mungkin juga ALLAH nak...

Mencari hikmah..?
Ya, hikmah

Kenapa perlu dicari hikmah..?
Supaya hati tenang dan redha dengan ujian.

Tak yakin ke setiap apa yang berlaku pasti terselit hikmahnya..?
Errkk..yakin je rasanya

Kalau HIKMAH yang dicari tu tak dijumpai, maknanya tak redha la..?
Errkk..terasa ada batu menghempap..nasib baik tak jatuh.

DIA TUHAN, kita hamba!!

Bernafas dalam jiwa hamba

Ya, saya tanya diri saya, kenapa saya selalu mencari hikmah dahulu baru hati akan tenang, baru hati akan redha dengan takdirnya. Selagi hikmah itu tidak dijumpai, selagi itulah bermacam-macam persoalan timbul. Seolah-olah tak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Tak puas hati dengan takdirNYA..? ALLAH..

Kenapa tidak terus redha dengan ujian, terima takdirNYA seadanya..??

Kenapa tidak yakin setiap apa yang berlaku PASTI ada hikmahnya...?

Pernah ke DIA takdirkan yang sia-sia..??

Kenapa TIDAK CUBA BERNAFAS DALAM JIWA HAMBA..??

Ya, berJIWA HAMBA..bukankah lebih tenang begitu.


 Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

Yakin DenganNYA

Yakinlah dengan apa yang berlaku tak ada yang sia-sia. Mungkin terdetik sedikit perasaan yakin pada pembacaan sendiri hingga seakan-akan terlupa pada kuasaNYA.  ALLAH, teguran daripadaNYA.
saya teringin nak jadi macam awak :)


Hikmah itu memang ada, mungkin ia bakal tersingkap atau ia memang tersembunyi. Mungkin juga cepat ataupun lewat. Tidak perlu terlalu mencari-cari hikmahnya, bimbang kalau-kalau hikmah yang dicari tidak diketemui. Ada la hikmahnya. Redha.

 "Sesiapa yang tidak reda terhadap takdir yang telah berlaku dan tidak sabar terhadap cubaan daripada-Ku, maka carilah Tuhan selain aku." (Riwayat Tabrani).

Percayalah, ada hikmah terselit di sebalik lembaran kertas PATHOLOGY :)