Langkah
kaki diatur laju, jalannya semacam tidak selari. Sekejap dia ke kiri, sekejap
dia ke kanan mengelak orang-orang berjalan perlahan, memilih untuk menikmati
suasana pagi mungkin. Angin yang bertiup dari Sungai Nil sedikit mencengkam
tubuh. Pantas tangan diangkat, memeluk tubuh. Sejuk.
‘Ish, rugi
pula tak pakai sweater tadi’ hati kecilnya berbisik.
Bulan Mac
sudah menjengah, namun angin musim sejuk belum mahu mengalah. Belum puas
agaknya berkhidmat untuk penghuni bumi seribu menara ni. Jadinya, cuaca pun
sukar diramal.
Di hadapan,
pintu gerbang hijau terpahat ukiran ‘KASR EL AINY MEDICAL SCHOOL’ mula
kelihatan. Dia mengangkat sedikit tangan kiri sambil bebola mata mengamati muka
jam tangan bersegi empat keluaran SWATCH . Jarum panjang menunjukkan angka
sepuluh. Dia menarik nafas lega, berbaki sepuluh minit untuk sampai ke kelas.
Langkah kaki diatur kemas menuju ke Department Opthalmology nun jauh dibelakang
fakulti.
***
Matanya
terpejam rapat menahan pedih. Ada cecair jernih mengalir laju. Pipinya basah.
Pantas pisau di tangan kanan dibaringkan ke chopping board. Bawang merah di
tangan kiri dilepaskan.
‘Ah, bisa
betul bawang merah ni’
Aktiviti
memayang bawang terpaksa ditangguhkan. Mata memerlukan rehat, tidak tahan
dengan aromanya. Air mata yang terhasil kesan daripada refeks untuk
mengurangkan iritasi pada mata. Alhamdulillah, betapa besar nikmat ALLAH dan
Astaghfirullah, betapa sedikit manusia yang bersyukur.
Bawang
merah kembali dimayang. Tidak dapat tidak, tugas menyediakan makan malam untuk
ahli beit Khazinatul Asrar mesti disempurnakan. Tugas diniatkan kerana ALLAH,
insya ALLAH dapat sahamnya di akhirat.
Begitulah
perihalnya dengan tugas belajar medic, jika diniatkan ikhlas keranaNYA,
insyaALLAH ganjaran dari SANG PEMURAH itu tersedia. Semuanya keranaNYA.
“ BELAJAR kalau betul diniatkan kerana ALLAH, makin bertambah ilmu, makin TAKUT kita kepada ALLAH “ tegas Abang Baihaqi, selaku graduan Cairo University yang disegani. (Takut, bacaTAQWA)
PAP!!
Terasa ada sesuatu menghempap batang hidung tatkala teringat kalam itu. Sakit.
Belajar
medic sudah masuk tahun keempat. Nak lebih spesifik belajar PELAJARAN MATA dah
habis pun.
Belajar
benda sekecil-kecil kejadian, tapi boleh bagi kesan besar pada mata. Hebat
ciptaanNYA.
Hari ke
hari, ILMU makin bertambah, tapi TAQWA bagaimana.
‘Betul ke aku ni belajar niat semata-mata kerana ALLAH’
Niat tu
datangnya dari hati. Hati yang bersih pastinya.
Bekas garam
dicapai, ditaburkan sedikit sebagai persiapan terakhir sebelum dihidang .
Ayam masak
paprik ekspres sedia untuk disantap.
‘Korang,
makan malam dah siap. Jom makan!
DIA, pemberi yang paling setia.
Kita,
penerima yang sentiasa alpa.
#pascaendroundopthal
#pascaendroundopthal