February 18, 2011

Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar

Assalamu'alaikum sahabat2ku...
post bersempena Maulidur Rasul, agak panjang tp harap dapat dibaca dan dihayati...

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud: 'Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: 'Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.'

Ibnu Abbas ra berkata: 'Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.'
Jibril as akan menyeru: 'Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?'
Bumi akan berkata: 'Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.'




February 17, 2011

ya..رسول الله

......صلّوا على رسول الله الحبيب المصطفى
salam maulidurrasul..........



Setelah bermingu-mingu di rumah, tanpa pengisian jiwa; kosong...
alhamdulillah, akhirnya berpeluang menghadiri ceramah maulidur rasul sempena sambutan maulidur rasul peringkat taman perumahan, taman rahmat *nak sebut jugak even x famous


Sambutannya bermula dengan ceramah oleh ustaz dot..dot.dot *x taw nama sebab datang lambat...
Dan diakhiri dengan solat isya' berjemaah dan jamuan nasi ayam sup+daging dan ikan goreng..ehem3, makan x penting actually, yang penting ceramah !! ^_^


Maulidur rasul..bukan sambutan besar-besaran yang diinginkan, tapi penghayatan itu yang utama!!
Disebabkan datang lambat, x banyaklah input yang dapat..*rugi pulak
tp..orang kata 'SHARING IS CARING'..so nak kongsi la sikit isi ceramah tu;




  • Umat Nabi Muhammad adalah umat terpilih

  • 15 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad, Yahudi telah merancang untuk membunuh Nabi

  • Baitul Maqdis tidak akan dimiliki Yahudi ; di situ terdapat batu safrah (42x56) iaitu tempat terhimpunnya tulang sulbi apabila ditiup sangka kala ke2
  • Kejadian aneh semasa kelahiran Nabi :

February 16, 2011

waiting for the new egypt

alhamdulilllah summa alhamdulillah...
12 februari 2011; tarikh keramat yang menjadi sejarah buat seluruh penduduk Mesir khususnya, dan semua umat Islam amnya. Omar Suleiman mengumumkan kekalahan Hosni Mubarak dan perletakan jawatannya sebagai presiden Mesir  setelah memerintah negara itu hampir 3 dekad ( sejak 14 Oktober 1981). Mubarak yang mula memerintah negara itu sejak Oktober 1981 akhirnya jatuh di tangan rakyat, bergadaikan darah dan nyawa rakyat.




Firman ALLAH:

"Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya" (Al-Baqarah:247)



* sejarah 62 tahun yang lepas tarikh yang sama,12 februari1949 telah menyaksikan kesyahidan pemimpin Ikhwanul Muslimin, Imam Hassan Al-Banna. ALLAHUAKBAR!!


Catatan Presiden2 Mesir :
Jamal Abdul Nasser : meninggal dunia akibat diRACUN


Anwar Sadat : meninggal dunia akibat ditembak pada 1981.(Mubarak, ketika itu naib presiden, hanya beberapa   meter daripada Sadat, dan turut terkena tembakan di tangan.)


Hosni MubarakEnam kali pembunuh upahan cuba menamatkan riwayatnya namun GAGAL.Akhirnya digulingkan oleh suara rakyat (demonstrasi besar-besaran rakyat negara itu di Tahrir Square selama 18 hari protes antikerajaan tanpa gangguan - terbesar pernah dilangsungkan di negara itu).Mubarak telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.


February 11, 2011

hOt deSpiTE wINter

bismillahirrahmanirrahim..
permulaan; aiseh..x tahu la pulak nak mula dengan apa ni. lama sangat x post blog~
http://matcuoi.comthinking...
thinking...
thinking...

ok..macam ni la, actually post ni ditulis pada hari ke-6 berada kat malaysia..
maklumlah,setelah bosan menghadap muka buku aka Facebook, fatigue ibu jari dop menekan remote tv, rumah dah kemas *kemas is subjektif actually* , makeup kan blog my mom and lastly terdetik hati nak mengupdate blog sendiri pulak..

x sangka winter tahun ni memang hot. masa kat airport lagi, sementara menunggu flight domestic dah berliter-liter air masuk kat oral ni. then, bila jumpa my sist, i said to her "m'sia ni memang hot la kan" *tone poyo*
then,she just replied dengan jelingan manja seorang adek..he3

dear mak cik, pak cik, atok, nenek, jiran2 serta kawan2 yang x jemu bertanya khabar dan mendoakan keselamatan student mesir..i'm truly appreciate dat..
my grandma said, "ada je berita kt tv, nenek cari2 mana la k.ngah ni..kot2 kuar kt tv" ehem2..kasih sayang seorang nenek..

sejak balik msia ni, semuanya sibuk dop bertanya macam mana pengalaman berdepan dengan krisis kat egypt.
"mm..memang dahsyat sampai ..."tut! jangan wat plot sendiri la aisyah!!
actually, saya..sebenarnya x terpilih pun untuk merasa pengalaman berada kat mesir dalam tempoh krisis. awal2 lagi dah keluar mesir, join trip turkey-syria-lebanon  *add m'sia lastly*. cuma, rasa la sedikit  tempias2nya sebelum keluar mesir yang boleh dikongsi bersama makcik pakcik, atuk nenek n so on..

28jan-sehari selepas exam. rusuhan besar-besaran diadakan selepas solat jumaat. rumah Khazinatul Asrar didatangi 4 tetamu dari jordan dan sabi'e. masak2 dan makan2 tanpa sedar keadaan luar mesir yang bertambah kritikal. talian telefon diputuskan. tetamu2 terperangkap dan terpaksa bermalam di rumah kami.

29jan- supposely bertolak ke turkey. keluar rumah kejap untuk ambil beg kat rumah ijan. tiba2, masa tengah berjalan hidung terasa sakit hingga susah nak bernafas, mata rasa pedih sangat. why..why..why??
rupa2nya, kawasan tersebut adalah kawasan rusuhan semalam dan kesan pemedih mata masih ada.
kaca2 berselerakan.

otw ke airport, kiri kanan jalan dipenuhi tentera. kereta kebal pon ada sekali. memang rasa macam kt palestin pulak. sampai di airport, tertera  egypt air to istanbul; DELAY. ok. tunggu lagi 2 jam untuk check in.
tamat 2 jam, kitorang 27 orang(1 ustaz tholut) pergi kaunter check in. tiba2, ust. tholut kna tengking dengan pegawai kaunter. he said dat kitorang da lewat, supposely kna check in awal lagi. smua tiket dijual kat passenger lain,board kt luar x boleh pakai...
what??board kat international airport x boleh pakai??
http://matcuoi.com spechless...




setelah naik turun tangga, keluar masuk pejabat *ust thalut je* ,fighting menegakkan kebenaran, lastly kitorang diberi tiket untuk keesokan harinya. mlm tu, terpaksa bermalam di airport atas lantai + tanpa selimut+ tnpa alas + musim sejuk. airport sesak. ramai yang starnded sehingga minuman dan makanan kt airport habis. fast food tutup sebab terputus bekalan. tidur dalam dahaga + lapar + sejuk...sob3, teringat mak ayah

mereka yang stranded, but luckily they got their own chair

http://matcuoi.com
30jan-praise to GOD, masih panjang umur (x lena tidur,fikir KALAU2 airport kena bom).
09.00 am, kitorang pergi ke kaunter check in, have to wait about half hour before check in. pegawai yang tolong kitorang check in kna marah ngan makcik. she said dat kitorang rasuah pegawai tu. ish3..kitorang ni macam check in illegal pulak.

Alhamdulillah..setelah 'bertungkus-lumus', akhirnya dapat juga menjejak lantai flight Egypt air..terbang tinggi meninggalkan mesir yang semakin gawat...


*Egypt air oh Egypt air..sebelum ni dengar je cerita pasal 'beliau'.. x percaya sangat pun~
tapi bila sendiri kena...

http://matcuoi.com