February 17, 2012

Cinta Mesir-Morocco di Andalus II

*klik pada gambar untuk tumbesaran

♥ SEVILLA - La
Giralda
 
bntuk hemisfera bhgian atas aslnya adlh kubah
La Giralda ni asalnya adalah sebuah menara masjid pada zaman kebangkitan Islam di Andalus, Sevilla.Kini, menara ni sudah pun di tukar kepada gereja/menara loceng.tapi masih lagi boleh nampak sedikit senibina Islam. Setelah Kristian menguasai SEVILLA, masjid bandar SEVILLA ini ditukar kpd gereja dn kini merupakan antara gereja yg trbesar di dunia.


seni bina Islam masih jelas di bahagian 2/3 bawah, 1/3 a
tas merupakn tambahan seni bina Kristian


Menara ini antara 3 menara AlMohad yang agung pd zaman itu. 2 lagi menara (sama seperti menara ni) terdapat di Menara Masjid Koutubia, Morocco dan Menara Hassan di Rabat, juga d Morocco.


Mengikut kata ustaz, untuk naik ke menara tu tak ada tangga sebenarnya (macam AYA SOPHIA kat TURKI la kot) nak bagi senang  kuda naik ke atas..

* oh ini sedih T_T  tak dapat nak tengok keindhn seni bina kat dalam - silap hari,kaunter tiket tutup. Jalan-jalan kat luar dengan kereta kuda. haha, tipuuuu!

Kereta kuda mengelilingi bndar SEVILLA- tak naik sebab MAHAAAL!!






 
♥ SEVILLA - Real Al-Cazar

tiket mahal tapi naseb baek ad ISIC :)
berjasa juga ISIC tu
Al- Cazar, asal perkataan bahasa Arab Al-Qasr yg bermaksud istana. Al- Cazar merupakan istana bangsawan pd zaman pmrinthan Kristian dahulu.



Istana ini dibina oleh orang Kristian dengan tujuan menyaingi keindahan seni bina ISLAM yg agung iaitu AL-HAMBRA.

Mitos ke Fakta??

Dua-dua bukan.

Orang kata!! Betul tidak wallahua'lam



Tapi..kalau dilihat drpa seni bina AL-CAZAR ni, memang sangat banyak menyerupai Al Hambra.Ok, fakta la kot

Cantik, tp tak secantik  AL-HAMBRA..

klu perasan..kolam ni mmg sebijik mcm kt ALHAMBRA
motif kt dinding ni pun ada iras2 ALHAMBRA

 ♥ SEVILLA -Torre del orro



Torre del orro ni taj ada kaitan dengan sejarah ISLAM ..tett!!
Klu dlm Bahasa Melayu, adapun tempat ni asalnya adalah menara pengawal untuk mengawal keluar masuk kapal ke KOTA SEVILLA melalui SG. GUADALQUIVIR.( ekk,terpeleot lidah)


Menara ni juga pernah digunakan sebgai penjara pada abad pertengahan dan sebagai gudang. Sekarang, menara ni dah bertukar menjadi muzium pameran kapal2 dan huruf2 sejarah ..
tu hah bendera MALAYSIA....bacabolehpercayajangan

Pemandangan daripada puncak menara..boleh nampak seluruuuuuuh SEVILLA!!

Sevilla aku dataaaaaaang!!







♥ SEVILLA - Plaza des Toros


Tempat ni WAJIB  kena pergi kalau pergi Spain. Bukan sebab ada kaitan dengan sejarah ISLAM.. apatah lagi dengan sejarah TANAH MELAYU, tapi tempat ni ada kaitan dengan sejarah SPAIN yang terkenal dengan 'lawan lembu'.(buat niaya binatang je)

Arena ni bukan berbentuk bulat,tapi oval dan boleh muat lebih kurang 1250 penonton.


Tourist guide yang bagi explanation pula memang pekat betul SPANISH beliau..sekali dengar macam cakap SPAIN, dua kali dengar baru bunyi macam English..

So, terpaksalah kitorang gabung jalin apa yang dapat ditangkap dan buat cerita version malaysian pulak :)

gmbar mereka yg mati ditnduk lembu..mcm satu kebanggaan la kot~


Dalam acara lawan lembu, lembu-lembu yang cedera akan dibunuh dengan 3 steps (mewakil 3 group)..ya, ini memang sadis t_t

Setiap step bertujuan utk menjadikn lembu lebih agresif..kiranya orang last akan bertindak sebagai HERO in case lembu tu yang mati ATAU sebagai k.o in case lembu pulak yang jadi hero..



 * yang tak bestnya, kalau sourvenier spain ni asyik gmbar lembu je..susah nak jumpa yang cantik.
  

 ♥ SEVILLA - Plaza de Espana





Plaza ni tiada sejarah..hanya landmark of the Renaissance Revival..

dominated by 2 towers, one on each side of the enclosed area with a gallery at the centre
dan juga tempat shooting STAR-WARS II :)

OSEM..berbntuk separuh bulatan..ada fountain besar kat tengah-tengah..

diametre of 200 metres..

Around the building, there are painted ceramic benches representing all the provinces in Spain..v. osem la

 
 

 


February 9, 2012

Cinta Mesir-Morocco di Andalus I

GIBRALTAR - GRANADA - SEVILLA - CORDOBA- MADRID

kembara 8 egyptian + 2 moroccon = menjejak tinggalan ISLAM di ANDALUS


ANDALUS bumi sejarah-
Islam memerintah Sepanyol dari tahun 711- 1492 (hampir 8 abad) , bermula dengan kejayaan TARIQ BIN ZIYAD menguasai Andalusia dan berakhir dengan kerajaan pimpinan Sultan Muhammad XII Abu Abdillah An-NashriyyahNasiriyyah dr BANI AHMAR. 



GIBRALTAR  (UK) - JABAL THARIQ
jabal thariq + apes :)
Gibraltar merupakan wilayah luar negeri Britain yang terletak di selatan Sepanyol. Namanya berasal daripada nama bahasa Arab جبل طارق (Jabal Tāriq) yang merujuk
kepada Batu Gibraltar semasa pemerintahan Bani Umayyah.

Pd bulan Rejab 97H atau Julai 711 M, Thariq b. Ziyad mndpt perintah dr. Gabenor Afrika Utara, Musa b. Nusair untuk mengadakan penyerangan ke semenanjung Andalusia (Semenanjung Iberia yg sekarang meliputi negara Sepanyol dn Portugis). Bersama dengan tenteranya 7000 org, Thariq b. Ziyad menyeberangi selat Gibraltar menuju Andalusia. Setelah mendarat, beliau meminta tenteranyamembakar kapal2 yg besar, yang tinggal hanyalah kapal2 kecil yang diminta pulang mendapatkan bantuan daripada Khalifah.

Pidato beliau yg trkenal :

 “Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di hadapan kalian, ke manakah kalian akan lari? Demi Allah, yang kalian miliki hanyalah kejujuran dan kesabaran. Ketahuilah bahawa di pulau ini kalian terlantar daripada anak yatim yang ada di lingkungan orang-orang hina. Musuh kalian telah menyambut kalian dengan senjata mereka. Kekuatan mereka sangat besar, sementara kalian tanpa perlindungan selain daripada pedang-pedang kalian, tanpa kekuatan selain daripada barang-barang yang kalian rampas daripada kalangan musuh kalian. Seandainya pada hari-hari ini kalian masih lagi tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang berkesan, nescaya nama baik kalian akan hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh akan berganti berani kepada kalian. Oleh itu, pertahankanlah jiwa kalian.”

*scene bakar kapal tu ada khilaf..mungkin betul,mungkin tidak..wallahua'lam

kini dibawah british
Pasukan Islam Berjaya mengalahkan pasukan Kristian di daerah Muara Sungai Barbatepada dan terus menguasai kota-kota penting –Toledo, Kordoba, Malaga, dan Granada, hingga akhirnya Sepanyol berada di bawah kekuasaan Khilafah Bani Umayyah.

Bila msuk Gibraltar ni memang macam masuk negara lain, ada imegresen, cek paspot,  mini airport dan yang penting telephone UK style  :)


x perlu prgi UK dah..


 GRANADA -  EL BAICIN (ALBEYZIN)
RT:church of San Nicolas   LT: MASJID
El- baicin terletak di atas sebuah gunung yang menghadap AL-HAMBRA. Many tourists journey into the Albayzin primarily for the spectactular views of the Alhambra. Naik ke sana dngn bas dan turun jalan kaki. sob3
From el-baicin, we can see al-hambra yang tersergam indah dan besar. Di el-baicin ni jugak ada 1 masjid yang telah diluluskan oleh kerajaan spain setelah 500 tahun menanti T_T. Bak kata ustaz tourist guide kitorang, dekat SPAIN ni la ISLAM paling susah untuk bangun semula. Dan pastinya bumi SPAIN merindukan sinar ISLAM yg pernah menyinarinya dulu...sebak

spectacular view of KOTA ALHAMBRA with Sierra Nevada in da background
At Al-baicin also we can see fine examples of Moorish and Morisco construction :)
original Moorish houses






GRANADA - ALHAMBRA



Alhambra adalah sebuah masjid, istana dan kompleks kota silam kerajaan Moor Granada, di selatan Sepanyol. Istana Alhambra adalah simbol puncak kejayaan Islam di Sepanyol dahulu.



 



Nama Alhambra, dari Bahasa Arab bermaksud yang merah (Al Hamra الحمراء), berasal dari warna kering-matahari tapia, atau batu-bata dibuat daripada batu kelikir dan tanah liat halus, digunakan untuk mmbina dinding luar.

 

Pendapat lain mengatakn berasal drpd obor api merah yg mnjadi lampu yg digunakn sewktu pembinaannya pd wktu malam. Ada juga yg berpendpat bhwa nama AL-HAMBRA berasal drpda nama pengasas, Muhammed Ibn Al Ahmar  (dalam Khilafah Bani Umayyah), dan ada juga yg berpndapat berasal dari Bahasa Arab Dar al Amra, Rumah Tuannya.


Istana AL-HAMBRA dibina diantara 1248 dan 1354, dibawah pemerintahan Al Ahmar.
Kecantikan  dibahagian dalam dianggap sebagai karya, dikalangan raja-raja lain, kepada Yusef I, Mohamed V, Ismail I, dan raja2 lain.
Selepas bandaraya itu jatuh kepada taklukan Kristen 1492, penakluknya bermula untuk mengubah Alhambra  t_t

crown yg ditmbah pd dinding sbgai simbl kristian

Kota AL-HAMBRA ni sangat besar. We spend about 5 hours here, tu pun sbb x tahan sejuk dngn suhu yg negatif.

Istana AL-HAMBRA dilengkapi taman juga bunga-bunga indah. Terdapat juga Hausyus Sibb (Taman Singa) yang dikelilingi oleh 128 tiang yang diperbuat daripada marmar yang  indah.





Di taman ini pula terdapat kolam air pancut yang dihiasi dengan 12 patung singa yang berbaris melingkar. Di dalamnya terdapat pelbagai ruangan yang indah : Ruangan Al-Hukmi (Baitul Hukmi), ruangan pengadilan, serta Ruangan Bani Siraj (Baitul Bani Siraj), ruangan berbentuk bujur sangkar yang dipenuhi dengan hiasan-hisan kaligrafi Arab.

Selain itu, istana merah ini dikelilingi oleh benteng dengan yang ditampal dengan tanah liat yang kemerah-merahan. Luar dan dalam istana banyak dihiasi kaligrafi dengan ukiran khas yang sukar ditandingi hingga kini. Kedudukan kota Alhambra yang berada di wilayah Granada juga menjadi faktor keunikan serta kekuhan kota ini. Kawasan bukit yang dinamakan Bukit La Sabica kini, adalah salah satu kawasan yang amat strategik dijadikan sebuah kubu pertahanan dan kota. Andalusia terkenal dengan kesejahteraan rakyatnya serta kemajuan didalam bidang pertanian serta bidang perdagangan.






Apabila Raja Ferdinand V berkahwin dengan Ratu Isabella, kerajaan Kristian dapat disatukan dan mengambil langkah awal dengan menawan Andalusia. Hasil daripada perebutan takhta dan kelemahan institusi politik di Andalusia, menyebabkan kerjaan islam yang terakhir ketika itu, dipimpin oleh Sultan Muhammad XII Abu Abdillah An-Nashriyyah jatuh ke tangan kerajaan kristian dengan mudahnya.

 Pada pertengahan 1491, Raja Ferdinand V mengepung Granada selama tujuh bulan. Dia berhasil menguasai kota Malaga –kota pelabuhan terkuat di Andalusia, lalu Guadix dan Almunicar, Baranicar, dan Almeria. Basis kerajaan Bani Ahmar, Granada, pun akhirnya tunduk, pada 2 Januari 1492 M/2 Rabiul Awwal 898 H.

Kejayaan menawan Andalusia ini, melayakkan Raja Ferdinand dan Ratu Isabella mendapat gelaran sebagai “Catholic Monarch” atau “Los Reyes Catolicos” atau Raja Katolik.Hal ini menyebabkan rakyat Islam di Andalusia hanya mempunyai 2 pilihan iaitu memeluk agama kristian, atau keluar dari Andalusia.












credit to 'orang morocco' for making this osem video *wink2