July 14, 2010

dr, aIsYah hOmecoMing..

*post pertama kt m'sia stelah brgelar 'perantau'

in the name of ALLAH..
ALHAMDULILLAH..hari ni genaplah seminggu ak menghirup udara SEGAR kt malaysia..
means dat,da semnggu ak tingglkan EGYPT terrrcayam..


egypt..mm skjap je rsenye..
sedar2 da abeh first year as a medical student..
umo pon da angka 2 da taun dpan..
ish3..cpatnye mse brlalu..
org kata salah satu tnda KIAMAT ialah masa rase cpat je brlalu..

dlam tmpoh +/- 10 bulan kt egypt, bnyak bnda yang ak lalui..
banyak bnda yang dpt ak blajar..
banyak bnda yang tlah merubah ak..http://www.emocutez.com

kt egypt ak rse lebih brdikari..
ad umah sndiri..
masak2 ikot turn..
g beli brang dapur..
gado2 ngan pakcik arab
dpt rse musim sjuk..even xde salji pom tp dpt gak mrase 'bju bubble'
naek mount sinai..
naek metro, tremco..
WINDOW shopping kt city star..mahal sgt, x mmpu den nk beli
prgi kelas us nazrul..
prgi tahsin bacaan..
etc..etc..etc..x larat nk list smua
infact, smua bnda2 ni x dpt ak rse kt m'sia

as a conclusion, deep in my heart...
ak rse brsyukur sgt brpeluang study kt egypt..
bla da kmbali kt m'sia, rse cam smangat patriotik lbih plak..
adakah ini sbab BTN..? ADAKAH ?
huhuhu..apepown..
SAYA ANAK MALAYSIA...
http://www.emocutez.com

June 23, 2010

uNtUk h ♥Ti...


ALHAMDULILLAH..
tpat jam 1.00 p.m waktu egypt, 22 jun 10, berkhirlah perjuangan ak menentang ANAT. Dngan berakhirnya pertempuran  dengan ANAT semalam, maka berakhirlah fasa written exam final year..[insyaallah, yang terakhir utk tahun ni].

Peluang untuk review n revise da habis..
Peluang untuk jawab exam pom da habis..
yang x habis lagi..??

http://www.emocutez.com
emmm.
.insyaallah, peluang untuk doa, minta n harap pada ALLAH masih ad..

Buat masa sekarang ni, lupakan yang da lepas..
tumpu pada yang akan datang...[ oral said : i'm coming..coming..hush3]

http://www.emocutez.com

Actually, sebut psal exam ni..mcam2 scene bleh berlaku....

 SCENE 1> 'kenapa la masa ak tengah struggle utk final exam ni jugak, macam2 bnda jadi; rumah da jadi sauna, air macam chipsmore..kejap ad..kejap xde, tuan umah mintak duit, kena tipu ngan pak arab la..etc..etc..kenapa banyak sngt ujian ni??


“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)

SCENE 2>  keluar dewan;  ' ish..nape la ak xleh jawab soalan tu tadi..tension ar camni, kalau ak bleh jawab da dapt da 5 markah kat situ..adoi!! nape ak x leh jawaba soalan senang cam tu...bencii..'

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

SCENE 3 >  "adoi..da bape kali ulang tajuk ni..x masok2 lam otak ak, susah betol nk faham..lemah betol la ak ni..'
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah al-Imran, ayat 139)

SCENE 4 >  'alamak..exam ad lagi dua hari...ad 1..2..3...ahh, 3 buku lagi x baca...ap ak nak buat ni...'

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.”      (Surah al-Baqarah ayat 45)

SCENE 5 > 'ishh..soalan nombor 2 tadi, ak silap bagi point la plak..emm,mintak2 le pemeriksa x prasan..tawakkal.'

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)

etc...etc...etc...
emm itulah manusia a.k.a student..slalu je mengeluh  [esp.ak laa]. 

ok la...yang berlalu biarkan berlalu, ambil penagajaran drpd ap yang da berlaku, ready utk yang seterusnye plak... [ oral said again : i'm coming..coming..hush3]
http://www.emocutez.com

Ap yang PENTING sekarang doa kita dengan ALLah yang X PUTUS2...rahmat ALLAH sangaaaat 
l u a s
“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)






NB; countdown m'sia : 15 days to go....
         countdown oral : t..th...thrreee days to go..aaaaaa
ok..ok.. nak studi da...
dah2...g studyyyy!!!

June 17, 2010

jom usha Mr. Rejab

ALHAMDULILLAH..dengan rahmat dan kasih sayang-NYA, kita masih diberi kesempatan untuk menyedut o2 dan mengeluarkan co2 dari badan..etc.etc..alhamdulillah~


 Sedar x sedar, sekarang kita sudah ketemu lg sekali sama Mr. Rejab..hehehe Rsenye x trlambat lagi untuk mengucapkan AHLAN WASAHLAN pda Mr. Rejab..even hari ni da msok ari ke-5. mm..ap yang best sgt ngan Rejab ni.? Ad apa2 ker.?(saspen2!!) http://www.emocutez.com  

haa..ap lagi..jom sesama usha Mr. Rejab...



 
Rejab ni bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya.Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab.  


Actually, Rejab ni merupakan satu drpda BULAN2 HARAM. Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab-. Dalam Bulan Haram, Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang , kecualilah jika mereka diugut.

Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj dimana Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Peristiwa2 laen yng berlaku dlm bulan Rejab ni ialah :

Hijrah Pertama- Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Perang Tabuk-  mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran 

Pembebasan baitul-muqaddis oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi

Lahirnya Imam Syafie RH.- Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. 




Dalam bulan ini jga banyak amaln2 sunat yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya, anataranya ialah ;
Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Ertinya; Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid [Riwayat At-tabrani]

Bertaubat

Berpuasa

Berdoa
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila masuk ke bulan Rejab baginda berdoa dengan doa berikut: Maksudnya: “Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.
Bersedekah



* Tetapi..., perlu kita ingat bahawa banyak antara hadis2 berkenaan fadhilat2 rejab ni merupakan hadis dhaif {merujuk pada artikel Fadhilat Rejab : Antara realiti dan fantasi



Dah tu, nak wat camne ni.??
http://www.emocutez.com
mm..rsenye ustaz sy pernah cakap mase kt MAAHAD dolu2, sbagi HAMBA, kita just buat amalan2 trsebut, soal pahala semua tu serah sahaja pada DIA YANG MAHA KUASA.Ap yng penting keikhlasan kita dalam beribadat.(perbetulkan jika saya silap)

So..sekarang da kenal sama Mr. Rejab. Apelagi, jom sama2 'gunakan' kebaikan Mr. Rejab sebelom dia meninggalkan kita. Semoga setiap amalan kita mendapat ganjaran daripada-NYA.. Insyaallah...
rejab Pictures, Images and Photos

June 14, 2010

~hari-dua-belas-bulan-enam~

Bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah 
dengan izin-NYA, APC masih dapat menjalankan fungsinya 
menghantar signal kepada DRG 
dan DRG masih lagi berfungsi menghantar impulse kepada diaphragm dan external intercostal muscle, 
lalu terhasillah proses INSPIRATION...
alhamdulillah sekali lagi...

dah lama rasenya pollicis dan index finger tak bertemu keyboard ni..
dah berhabuk rupanya blog ni..
nasib baik takde sarang lab.. 

ARGGHH..

apa ni.?eee..labah-labah la pulak..
shuuuuuhh..
jangan buat sarang kat sini..
main jauh-jauh..
pergi buat sarang kat blog Atiqah Azman orang lain pulak..

dah..
sekarang ni msih lagi dalam fatrah imtihan, 
so malas nak update blog..fokus study!!
ceh...
tapi hari ini, ringan aje jemari seni ni nak menaip
sebabnye..




DUM...DAM...DUM... (bunga api)

LIP..LAP..LIP..LAP..(spot light)

LUP..DUP..LUP..DUP..(bradycardia siap)



tepat jam 12.13 am waktu malaysia,





ok
6.15 pm waktu egypt pulak..


bunyi:
TING..4X, To the owner of this nokia cellphone, please read your new text message right now! TING...4X

("v") HerE's  'v'   ä siMpLe    )   HEÄRt   (   bÄLLÖÖn.WitH hÖpE& prÄyErthÄt U'llhÄvE dÄySfuLL Öf ALLaH's LÖVEHapPy BiRtHDaY!! May Allah bless U~;-)

aha
mesej dari kak naimah..
kakak sc
terharu ada jugak yang ingat
tp..ahli beit
.....

pagi tu semua buat hal sendiri..

(ini monolog)
ala..
diorang semua tu 'book-a-holic', 
tambah-tambah pulak nak exam ni..

sambil duduk kat sofa + tak tau nak buat apa, 
tangan pegang buku biochem.
mata kat sentence 'eukaryotic and prokaryotic replication..bla3..'
hati pulak dah smpai malaysia...


(ini monolog)
ahh..baca tak lekat
study dalam bilik la..

sambung....
'origin of replication...bla3..'
ahh, tak lekat lagi
please, tolong la lekat...huhuhu
tetiba..dengar pulak suara assistant cik-merah-segi-empat;


TING..4X, To the owner of dis nokia cellphone, please read ur new text message right now! TING...4X

Ö 

Ö
   Ö
Ö
   Ö
Ö

Shhhhhh... I'm wàlking slöwly bcöz Ü might be studying..I'll jüst leàve my msàge 4 ü: "sanah helwah" sweet 9teen!

-from maha-

then,

TING..4X, To the owner of dis nokia cellphone, please read ur new text message right now! TING...4X
ΞΞΞΞΞΞΞΞΞΞ()'''''''() =Ξ(  'o', )  ΞΞ(,,)=(,,)==Assalamualaikum. hah, pntNyA pnjt tNgkp!heHe.sAjE nAk UCaP G0Od LuCk n HAppY BeST DaY.. JGN Sdey2x nO..He2x
-from zati-

then,

TING..4X, To the owner of dis nokia cellphone, please read ur new text message right now! TING...4X 

 Aisyah cute,epi bezday eh...haha..ak pggl ko cute hari ni je taw.s0k tkde daaa..haha...ak d0akn sem0ga ko bhgia dunia dn akhrt..n h0pe all of us pass the exam...sweet 19..-tiqah-

hehehe..
apalagi, kuat-kuat kita jerit

'korangg...terima kaseh eak..!'

dan bermulalah pula agenda memasak...

maha: chef FRENCH FRIES
zati:chef  SPAGHETTI
tiqah: chef CUCUR

makan..
makan..
makan..
smpai lupa hari tu ada..
 EXAM ENGLISH..!

lepas makan..
jeng3..
Tiqah bagi satu beg plastik
sebijik macam beg plastik masa shopping dekat SARAG MALL
a'ah
mmg beg plastik sama
beg plastik kat kedai kasut

ish..
memang cantek punya plan..
kononnya suruh plihkan kasut untuk Tiqah la..
siap suruh cuba lagi kononnya Tiqah malas buka kasut..
adeh..
memang bagus punya trick~

ok
exam..exam

sebelum pergi exam, 
Tiqah pesan:
 'habis exam nanti nak pergi KZ..beli barang rumah'

kita jawab:
'ok lah..ak ikut je'

naik teksi. tetiba tak sampai KZ lagi dah berhenti..
turun..
elok je depan 'cook door'
auww, surprise la..hehehe

dan sekarang
nak buat kenyataan rasmi terima kasih kat ahli beit..
ehem2


SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA BUAT AHLI BEIT KHAZINATUL ASRAR DIATAS KESUDIAAN KALIAN MERAIKAN HARI LAHIR KITA
SEKIAN





CREAMY CHOCHOLATE CAKE,


 +



COMBO SUPER CRUNCHY COOK DOOR,
 +


GORGEOUS POWERPUFF SHOE




♥♥♥♥   SYUKRAN AWIY2..LUV U ALL   ♥♥♥♥







May 21, 2010

exam vS kematian

بسم الله الرحمن الرحيم

ALHAMDULILLAH..
dngan izinNYA, exam praktikal anatomy telah berakhir wlupun x bgitu memuaskn hati
nk kta bleh jawab elok..xde la jgk
nk kta xleh jwab pom...mm..ntah la
tp..ape pom baik atau buruk smuanya serah pada ALLAH
sebab kita da usaha bersungguh2
DIA just nk tengok usaha kita je
DIA kan MAHA PENGASIH
DIA jga tahu ap yang terbaik utk kita, sebagaimana firmanNYA yng bermaksud :

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik untuk kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu) sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah al-Baqarah: 216)
 
ap yang penting sekarang kna bersangka baik ngan DIA
sbab DIA telah berfirman dlm stu hdis qudsi yng bermksud : 

"Aku bersama sangkaan hambaKU terhadapKU, maka bersangka tentang KU apa sahaja yang kamu ingini." (Hadis Qudsi)

dngan berakhirnya praktikal anatomy..maka berakhirlah sudah fasa 1;praktikal
dan sekarang ni msuk plak fasa 2; WRITTEN exam

mm...sebut psal exam ni
pgi tadi sblum exam anatomy ak call ayah ak jap
dan ayah gtaw satu cerita yng agk mengejutkan
kawan ayah ak a.k.a cikgu matematik ak tlah meninggal dunia sms tidur
INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAAJIUN...
al-fatihah...


dan scara x langsung..ak teringat plk kata2 ustaz ak msa kt MMP dlu..
ustaz ak slalu bg ceramah ni mse musim2 exam dolu2..
ustaz tu kata, exam = kematian...
so, sekarang rsa trgerak hati nk share kt cni plak..

EXAM VS KEMATIAN

1) TAKUT + CUAK + INSAF

kedua-dua bnda ni bley menyebabkn kite takut + cuak + insaf
takut mmang takut tp mmg x bleh lari ke mana2. wlu mcam mana cari skalipon kite ttap jgak kna hadapi. Kekadang kedua2 bnda ni bleh menyebabkan kite 'insaf', layan movies pown limit2, maen fb pown kjap2, etc..

2) KENA BUAT PERSEDIAAN

nak menghadapi kedua2 nya kita memerlukan persediaan. kita jga diberi tempoh utk membuat persediaan tu. Masanya limited. Klu orang tu jenis cakna, dia akn cba buat yang terbaik , menggunakan setiap detik2 yng berlalu dngan bermnfaat. Klu yg jnis kurang receptor plak...mmm paham2 ler


3) ASISTANT

actually, asistant kite hanyalah bkaln yng kita bawa. X kiralah samada bkaln ilmu @ amalan kita. Itu ajelah yng dpt mmbntu kita. Harta @ paras rupa mmg kompem2 da x dpt bantu kita. Klu kita da sediakan bekalan kite elok2, INSYAALLAH kita berjaya melepasinya dengan baek. Klu bekalan kite kurang, mmg da xde peluang da nk topup msa 2 even nangis la smpai kuar aer mata darah sekalipown.

4) SEKALI SAHAJA

mm, ni mcam x bleh diaplikasikan sgt la psal exam ni bleh re-sit. Tp , rsenye smua orng xnak ler amek bebanyak kali. Cukupler skali jew..
Ha..itu klu exam, cuba klu kematian, ad ker kite dberi pluang lahir lg sekali eak..? ad ker..?

mmm..bawak2 le insaf.
tazkirah ni xlen xbkan mmang ditujukan buat ak sndiri yng mmg sentiasa dlm kealpaan.
dan x lupa jgk buat kengkawan yng disayangi smua..

SHARING IS CARING 



May 9, 2010

♥ ♥..sPecIAlLy DeDIcateD tO mY m♥M... ♥ ♥


hari ini 9 mei a.k.a  Hari Ibu..
waa..sedihnya T_T
taun ni x dpat nk buat surprise kat mak
mcm yg ak n adeq2 buat taun lpas..hu3

kotak fikiran ak mlayang kjap..
cba mengimbas kmbali sambutan HARI IBU taun lpas..
ak buatkan kek coklat utk mak..
surprise habis la..
kek mmg da elok dah..
alih2 mse nk tulis tu laen plak jadinya..
rosak2..
seb baek aku punye tangan yg buat..
cba klu adeq ak...
http://www.emocutez.com
mm..nilah hsilnya drpada ak pembuat kek yng x br'certificate'

walau apapom..mak ttap hepi

dan...
taun ni..
ak kat bumi kinanah..
jauh meningglkn mak kat MALAYSIA..
x dpat nk uji bakat wat kek lg sekali
http://www.emocutez.com
...T_T...sedih....T_T.....
adush..tetiba rse nk brsajak..
sajak copy n paste..agagaga


Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini


mak..
selamat hari ibu....♥ ♥ ♥

May 7, 2010

kAsIH sAYaNGmu...


in da name of ALLAH..

MALAYSIA..
emm..hepi sgt bla dpt buat pnggilan ke MALAYSIA
tmbah2 lagi bla gna orang len pnya account (krdit abng ak)..
rse2nye da lma la jgk ak x call rumah
asyik chat ngan mak ak jew..

mulanya ingt nk call kjap jew..
sdar x sdar da stengh jam borak ngan ayah
dlm bnyak2 topik yg diborakkan tu..ad la stu bnda ni
btul2 buat ak rse sdikit trkilan T_T

" bla kak ngah exam"

"erm..da lpas dua paper utk practical, ad lg 11 paper..
skrang ni rhat kjap"

"11..?? ish3..sbar je la"

"ayah doakn la utk kak ngah "

"xpe2.. ayah doakan
tiap2 pgi ayah bngun wat solat hajat utk kak ngah..x pernah tinggl "

".....T_T......"

http://www.emocutez.com
gulLp..
X PRNAH TINGGAL ..?
ap ni..??
ak tuan pnye bdan yg sndri nk exam ni pon ' X STABIL' solat hajatnye..
ssah jga nk istikhamah..

mm..doa ibu bapa, ak rsa krna doa itulah..
ak dibukakan pintu hikmah
ak dibukakan pintu rezeki
ak dipermudahkn urusan..
etc..etc..etc..

tba2 tringt stu kisah brkaitan ngan doa ibubapa ni..
crita ni prnh disiarkn di tv3..
tjuk critanya 'DEMI MASA'

Kisah “Demi Masa” bermula dengan kehidupan sebuah keluarga bahagia, namun ia hanya sementara apabila mereka ditimpa kemalangan jalan raya yang meragut nyawa si suami (Rashid) yang juga ayah kepada seorang anak dan mengakibatkan isteri (Maryam) serta anaknya (Nazli) buta sebelah mata. Sheila Rusly sebagai Maryam terpaksa memikul tanggungjawab suaminya menyara keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah menengah.

Sikap Nazli  berubah selepas kejadian tersebut. Dia menjadi semakin biadap dan sukar dikawal. Maryam tetap berlembut melihat sikap Nazli, pun begitu pencapaian akademik dan kokurikulum Nazli di sekolah amat cemerlang. Pada perspektif Nazli sendiri, dia sebenarnya malu terhadap kawan-kawannya kerana keadaan ibunya yang buta. Suatu hari berlaku pertengkaran antara Nazli dan rakannya di sekolah kerana menjadikan subjek ibunya yang buta sebagai bahan tawa. Nazli tercedera. Maryam yang mendengar cerita itu bergegas bertanyakan khabar Nazli di kelasnya. Jelas kini satu kelas telah mengetahui bahawa Maryam ialah ibu kepada Nazli.

Semenjak itu, Nazli berusaha bersungguh-sungguh untuk melepaskan dirinya dari dibelenggu hidup bersama Maryam. Masa berlalu, Nazli ( Iqram Dinzly) kini seorang siswazah dan hanya akan menghubugi Maryam apabila dia terlalu memerlukan wang. Di sana dia bertemu dan berkahwin dengan Fatin (Emelda Rosmila).

Pada suatu hari, di dalam majalah keusahawanan, Maryam melihat Nazli  di muka hadapan majalah itu, Maryam sangat gembira dan ingin sangat berkunjung ke rumah anak kebangganya itu. Maryam muncul di hadapan rumah Nazli. Namun, Nazli yang marah telah menarik keluar Maryam dalam diam dan memarahi Maryam kerana menakutkan-nakutkan anak dan isterinya. Maryam yang amat menyayangi anaknya itu meminta maaf kepada mereka dan mengatakan dia tersilap alamat dan salah orang. Maryam berlalu dengan redha walaupun kecewa namun dia tidak marah. Nikmat dapat menatap wajah Nazli walau sementara amat disyukurinya. Rindunya terubat.

Tidak beberapa lama selepas itu, Nazli ditimpa kesusahan. Perniagaannya mula merosot. Dia menjadi tidak tentu hala.

Akhirnya, suatu hari, Nazli tergerak hati untuk singgah sebentar di rumah lamanya dan berjumpa dengan ibunya. Sebaik sahaja sampai di rumah, rumah itu lenggang. Kemudian, Nazli didatangi rakan baik ibunya bernama Chah (Rozie Rashid) yang menghulurkan sepucuk surat dan memberitahu sesuatu mengenai ibunya.
Dalam surat itu telah diceritakan bagaimana ibunya telah mendermakannya sebelah mata. Nazli yang baru sedar itu menangis dan insaf akan perbuatannya. Namun penyesalan itu tidak berguna lagi. Rupa-rupanya kesenangan yang didapati selama ini adalah berkat doa ibunya yang tidak jemu-jemu mendoakan kesenangannya. Setelah ibunya meninggal, doa ibunya telah terputus dan akibatnya pelbagai masalah menimpa Nazli..

mm..ini mungkin cerita rekaan tapi x mustahil bnda ni brlaku dlm dunia hari ini..
namun pengajaran drpd cerita ini sgt bermakna..

mentaati ibu bapa ni besar pahalanya, keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud beliau berkata: “Saya bertanya kepada Nabi SAW. “Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: “Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah.” � (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


P/S ; teringat mak ayah..hu3
cayam ayah..cayam mak...

~kAsIH sAYaNGmu SuNGgUH bERniLAI..
iTUlah Harta YAng Kau BEriKAn~




رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَاب"
"Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibubapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)
"O our Lord! And forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be established."
[Ibrahim 14:41]