March 28, 2013

Belajar dari Pelajaran Mata *Epik

Langkah kaki diatur laju, jalannya semacam tidak selari. Sekejap dia ke kiri, sekejap dia ke kanan mengelak orang-orang berjalan perlahan, memilih untuk menikmati suasana pagi mungkin. Angin yang bertiup dari Sungai Nil sedikit mencengkam tubuh. Pantas tangan diangkat, memeluk tubuh. Sejuk.

‘Ish, rugi pula tak pakai sweater tadi’ hati kecilnya berbisik.

Bulan Mac sudah menjengah, namun angin musim sejuk belum mahu mengalah. Belum puas agaknya berkhidmat untuk penghuni bumi seribu menara ni. Jadinya, cuaca pun sukar diramal.

Di hadapan, pintu gerbang hijau terpahat ukiran ‘KASR EL AINY MEDICAL SCHOOL’ mula kelihatan. Dia mengangkat sedikit tangan kiri sambil bebola mata mengamati muka jam tangan bersegi empat keluaran SWATCH . Jarum panjang menunjukkan angka sepuluh. Dia menarik nafas lega, berbaki sepuluh minit untuk sampai ke kelas. Langkah kaki diatur kemas menuju ke Department Opthalmology nun jauh dibelakang fakulti.
 ***

Matanya terpejam rapat menahan pedih. Ada cecair jernih mengalir laju. Pipinya basah. Pantas pisau di tangan kanan dibaringkan ke chopping board. Bawang merah di tangan kiri dilepaskan.

‘Ah, bisa betul bawang merah ni’




Aktiviti memayang bawang terpaksa ditangguhkan. Mata memerlukan rehat, tidak tahan dengan aromanya. Air mata yang terhasil kesan daripada refeks untuk mengurangkan iritasi pada mata. Alhamdulillah, betapa besar nikmat ALLAH dan Astaghfirullah, betapa sedikit manusia yang bersyukur.

Bawang merah kembali dimayang. Tidak dapat tidak, tugas menyediakan makan malam untuk ahli beit Khazinatul Asrar mesti disempurnakan. Tugas diniatkan kerana ALLAH, insya ALLAH dapat sahamnya di akhirat.

Begitulah perihalnya dengan tugas belajar medic, jika diniatkan ikhlas keranaNYA, insyaALLAH ganjaran dari SANG PEMURAH itu tersedia. Semuanya keranaNYA.

“ BELAJAR kalau betul diniatkan kerana ALLAH, makin bertambah ilmu, makin TAKUT kita kepada ALLAH “ tegas Abang Baihaqi, selaku graduan Cairo University  yang disegani. (Takut, bacaTAQWA)

PAP!! Terasa ada sesuatu menghempap batang hidung tatkala teringat kalam itu. Sakit.
Belajar medic sudah masuk tahun keempat. Nak lebih spesifik belajar PELAJARAN MATA dah habis pun.
Belajar benda sekecil-kecil kejadian, tapi boleh bagi kesan besar pada mata. Hebat ciptaanNYA.
Hari ke hari, ILMU makin bertambah, tapi TAQWA bagaimana.

‘Betul ke aku ni belajar niat semata-mata kerana ALLAH’
Niat tu datangnya dari hati. Hati yang bersih pastinya.

Bekas garam dicapai, ditaburkan sedikit sebagai persiapan terakhir sebelum dihidang .
Ayam masak paprik ekspres sedia untuk disantap.
‘Korang, makan malam dah siap. Jom makan!

DIA, pemberi yang paling setia.
Kita, penerima yang sentiasa alpa.

#pascaendroundopthal

No comments:

Post a Comment