May 21, 2010

exam vS kematian

بسم الله الرحمن الرحيم

ALHAMDULILLAH..
dngan izinNYA, exam praktikal anatomy telah berakhir wlupun x bgitu memuaskn hati
nk kta bleh jawab elok..xde la jgk
nk kta xleh jwab pom...mm..ntah la
tp..ape pom baik atau buruk smuanya serah pada ALLAH
sebab kita da usaha bersungguh2
DIA just nk tengok usaha kita je
DIA kan MAHA PENGASIH
DIA jga tahu ap yang terbaik utk kita, sebagaimana firmanNYA yng bermaksud :

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik untuk kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu) sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah al-Baqarah: 216)
 
ap yang penting sekarang kna bersangka baik ngan DIA
sbab DIA telah berfirman dlm stu hdis qudsi yng bermksud : 

"Aku bersama sangkaan hambaKU terhadapKU, maka bersangka tentang KU apa sahaja yang kamu ingini." (Hadis Qudsi)

dngan berakhirnya praktikal anatomy..maka berakhirlah sudah fasa 1;praktikal
dan sekarang ni msuk plak fasa 2; WRITTEN exam

mm...sebut psal exam ni
pgi tadi sblum exam anatomy ak call ayah ak jap
dan ayah gtaw satu cerita yng agk mengejutkan
kawan ayah ak a.k.a cikgu matematik ak tlah meninggal dunia sms tidur
INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAAJIUN...
al-fatihah...


dan scara x langsung..ak teringat plk kata2 ustaz ak msa kt MMP dlu..
ustaz ak slalu bg ceramah ni mse musim2 exam dolu2..
ustaz tu kata, exam = kematian...
so, sekarang rsa trgerak hati nk share kt cni plak..

EXAM VS KEMATIAN

1) TAKUT + CUAK + INSAF

kedua-dua bnda ni bley menyebabkn kite takut + cuak + insaf
takut mmang takut tp mmg x bleh lari ke mana2. wlu mcam mana cari skalipon kite ttap jgak kna hadapi. Kekadang kedua2 bnda ni bleh menyebabkan kite 'insaf', layan movies pown limit2, maen fb pown kjap2, etc..

2) KENA BUAT PERSEDIAAN

nak menghadapi kedua2 nya kita memerlukan persediaan. kita jga diberi tempoh utk membuat persediaan tu. Masanya limited. Klu orang tu jenis cakna, dia akn cba buat yang terbaik , menggunakan setiap detik2 yng berlalu dngan bermnfaat. Klu yg jnis kurang receptor plak...mmm paham2 ler


3) ASISTANT

actually, asistant kite hanyalah bkaln yng kita bawa. X kiralah samada bkaln ilmu @ amalan kita. Itu ajelah yng dpt mmbntu kita. Harta @ paras rupa mmg kompem2 da x dpt bantu kita. Klu kita da sediakan bekalan kite elok2, INSYAALLAH kita berjaya melepasinya dengan baek. Klu bekalan kite kurang, mmg da xde peluang da nk topup msa 2 even nangis la smpai kuar aer mata darah sekalipown.

4) SEKALI SAHAJA

mm, ni mcam x bleh diaplikasikan sgt la psal exam ni bleh re-sit. Tp , rsenye smua orng xnak ler amek bebanyak kali. Cukupler skali jew..
Ha..itu klu exam, cuba klu kematian, ad ker kite dberi pluang lahir lg sekali eak..? ad ker..?

mmm..bawak2 le insaf.
tazkirah ni xlen xbkan mmang ditujukan buat ak sndiri yng mmg sentiasa dlm kealpaan.
dan x lupa jgk buat kengkawan yng disayangi smua..

SHARING IS CARING 



May 9, 2010

♥ ♥..sPecIAlLy DeDIcateD tO mY m♥M... ♥ ♥


hari ini 9 mei a.k.a  Hari Ibu..
waa..sedihnya T_T
taun ni x dpat nk buat surprise kat mak
mcm yg ak n adeq2 buat taun lpas..hu3

kotak fikiran ak mlayang kjap..
cba mengimbas kmbali sambutan HARI IBU taun lpas..
ak buatkan kek coklat utk mak..
surprise habis la..
kek mmg da elok dah..
alih2 mse nk tulis tu laen plak jadinya..
rosak2..
seb baek aku punye tangan yg buat..
cba klu adeq ak...
http://www.emocutez.com
mm..nilah hsilnya drpada ak pembuat kek yng x br'certificate'

walau apapom..mak ttap hepi

dan...
taun ni..
ak kat bumi kinanah..
jauh meningglkn mak kat MALAYSIA..
x dpat nk uji bakat wat kek lg sekali
http://www.emocutez.com
...T_T...sedih....T_T.....
adush..tetiba rse nk brsajak..
sajak copy n paste..agagaga


Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini


mak..
selamat hari ibu....♥ ♥ ♥

May 7, 2010

kAsIH sAYaNGmu...


in da name of ALLAH..

MALAYSIA..
emm..hepi sgt bla dpt buat pnggilan ke MALAYSIA
tmbah2 lagi bla gna orang len pnya account (krdit abng ak)..
rse2nye da lma la jgk ak x call rumah
asyik chat ngan mak ak jew..

mulanya ingt nk call kjap jew..
sdar x sdar da stengh jam borak ngan ayah
dlm bnyak2 topik yg diborakkan tu..ad la stu bnda ni
btul2 buat ak rse sdikit trkilan T_T

" bla kak ngah exam"

"erm..da lpas dua paper utk practical, ad lg 11 paper..
skrang ni rhat kjap"

"11..?? ish3..sbar je la"

"ayah doakn la utk kak ngah "

"xpe2.. ayah doakan
tiap2 pgi ayah bngun wat solat hajat utk kak ngah..x pernah tinggl "

".....T_T......"

http://www.emocutez.com
gulLp..
X PRNAH TINGGAL ..?
ap ni..??
ak tuan pnye bdan yg sndri nk exam ni pon ' X STABIL' solat hajatnye..
ssah jga nk istikhamah..

mm..doa ibu bapa, ak rsa krna doa itulah..
ak dibukakan pintu hikmah
ak dibukakan pintu rezeki
ak dipermudahkn urusan..
etc..etc..etc..

tba2 tringt stu kisah brkaitan ngan doa ibubapa ni..
crita ni prnh disiarkn di tv3..
tjuk critanya 'DEMI MASA'

Kisah “Demi Masa” bermula dengan kehidupan sebuah keluarga bahagia, namun ia hanya sementara apabila mereka ditimpa kemalangan jalan raya yang meragut nyawa si suami (Rashid) yang juga ayah kepada seorang anak dan mengakibatkan isteri (Maryam) serta anaknya (Nazli) buta sebelah mata. Sheila Rusly sebagai Maryam terpaksa memikul tanggungjawab suaminya menyara keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah menengah.

Sikap Nazli  berubah selepas kejadian tersebut. Dia menjadi semakin biadap dan sukar dikawal. Maryam tetap berlembut melihat sikap Nazli, pun begitu pencapaian akademik dan kokurikulum Nazli di sekolah amat cemerlang. Pada perspektif Nazli sendiri, dia sebenarnya malu terhadap kawan-kawannya kerana keadaan ibunya yang buta. Suatu hari berlaku pertengkaran antara Nazli dan rakannya di sekolah kerana menjadikan subjek ibunya yang buta sebagai bahan tawa. Nazli tercedera. Maryam yang mendengar cerita itu bergegas bertanyakan khabar Nazli di kelasnya. Jelas kini satu kelas telah mengetahui bahawa Maryam ialah ibu kepada Nazli.

Semenjak itu, Nazli berusaha bersungguh-sungguh untuk melepaskan dirinya dari dibelenggu hidup bersama Maryam. Masa berlalu, Nazli ( Iqram Dinzly) kini seorang siswazah dan hanya akan menghubugi Maryam apabila dia terlalu memerlukan wang. Di sana dia bertemu dan berkahwin dengan Fatin (Emelda Rosmila).

Pada suatu hari, di dalam majalah keusahawanan, Maryam melihat Nazli  di muka hadapan majalah itu, Maryam sangat gembira dan ingin sangat berkunjung ke rumah anak kebangganya itu. Maryam muncul di hadapan rumah Nazli. Namun, Nazli yang marah telah menarik keluar Maryam dalam diam dan memarahi Maryam kerana menakutkan-nakutkan anak dan isterinya. Maryam yang amat menyayangi anaknya itu meminta maaf kepada mereka dan mengatakan dia tersilap alamat dan salah orang. Maryam berlalu dengan redha walaupun kecewa namun dia tidak marah. Nikmat dapat menatap wajah Nazli walau sementara amat disyukurinya. Rindunya terubat.

Tidak beberapa lama selepas itu, Nazli ditimpa kesusahan. Perniagaannya mula merosot. Dia menjadi tidak tentu hala.

Akhirnya, suatu hari, Nazli tergerak hati untuk singgah sebentar di rumah lamanya dan berjumpa dengan ibunya. Sebaik sahaja sampai di rumah, rumah itu lenggang. Kemudian, Nazli didatangi rakan baik ibunya bernama Chah (Rozie Rashid) yang menghulurkan sepucuk surat dan memberitahu sesuatu mengenai ibunya.
Dalam surat itu telah diceritakan bagaimana ibunya telah mendermakannya sebelah mata. Nazli yang baru sedar itu menangis dan insaf akan perbuatannya. Namun penyesalan itu tidak berguna lagi. Rupa-rupanya kesenangan yang didapati selama ini adalah berkat doa ibunya yang tidak jemu-jemu mendoakan kesenangannya. Setelah ibunya meninggal, doa ibunya telah terputus dan akibatnya pelbagai masalah menimpa Nazli..

mm..ini mungkin cerita rekaan tapi x mustahil bnda ni brlaku dlm dunia hari ini..
namun pengajaran drpd cerita ini sgt bermakna..

mentaati ibu bapa ni besar pahalanya, keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud beliau berkata: “Saya bertanya kepada Nabi SAW. “Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: “Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah.” � (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


P/S ; teringat mak ayah..hu3
cayam ayah..cayam mak...

~kAsIH sAYaNGmu SuNGgUH bERniLAI..
iTUlah Harta YAng Kau BEriKAn~




رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَاب"
"Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibubapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)
"O our Lord! And forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be established."
[Ibrahim 14:41]