May 11, 2012

Cerita Cinta Dia ,Saya & Kamu

Tet..tet

Objek merah bersegi empat mengeluarkan bunyi, menandakan ada mesej masuk.

Butang tengah ditekan.
Bebola mata bergerak dari kiri ke kanan, meneliti satu persatu kandungan mesej.
Mulut menguntum senyum.

Jari-jemari pula memainkan peranan, menekan-nekan keypad handset, menaip sesuatu dan akhir sekali butang tengah ditekan.

Message sent

Tanpa sedar, ada sepasang mata yang comel memerhatikan gelagat saya, dan dari jauh dia mula mendekat..

'Haa..K.Ngah, mesej dengan orang lelaki ye..?' Muadz, ketika itu baru berusia 6 tahun mendekati saya.

Terkesima.

Saya menggelengkan kepala. Senyum.

'Mana ada, ni kawan K.Ngah la, perempuan !' akui saya jujur.

Sengaja ingin menduga Mu'adz, satu soalan saya ajukan.

'Mu'adz, kenapa K. Ngah tak boleh mesej dengan lelaki ye?'

'Sebabnya, nanti besar K.Ngah kena kahwin dengan lelaki' Mu'adz menjawab ringkas, berlalu pergi meninggalkn saya yang terkebil-kebil mendegar jawabannya.

Erkk..

Fitrah dan Fitnah

Cinta itu fitrah. Fitrah yang perlu diraikan supaya tidak menjadi fitnah. Fitnah kepada agama. Macam mana tu..?

Macam sekarang ni, kan banyak jenis cinta ada..

'CINTA ANA ENTI ' aka cinta budak-budak sekolah AGAMA
Ok, nama dah sedap, 'macam' tak salah..'macam' bagus

tapi ada yang lebih PARAH, penghafaz Quran pun terjebak sekali !!

'CINTA HAFIZ HAFIZAH'..sharing ayat Quran, kejutkan untuk bangun qiam, ingatkan untuk puasa sunat etc..

maka Inche Ali dan Cik Alisya yang tak belajar agama ni pun buat kesimpulan;

'Oh, sebenarnya couple ni boleh je. Ustaz Hafiz dengan Ustazah Hafizah tu pun couple. Tapi kita kena couple islamik la. Awak hantar mesej tazkirah pada saya. Nanti, kalau awak bangun qiam, miskol saya sekali'

Hah..tu diaaa... Kan dah jadi fitnah.

Nak bercinta, nak ber'dating' semua  tu boleh, Islam tak larang. Tapi dengan 1 syarat. Satu syarat je, mudah kan..

Kita ingatkan balik apa tujuan kita diciptakan ;

“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia itu kecuali untuk beribadah kepada-Ku” Az-Zariyat:56

makanya,
Biarlah bercinta  itu menjadi ibadat..
Biarlah ber'dating' itu menjadi ibadat..

Oh, macam mana tu.?
KAHWIN !! Kalau dah nama pun IBADAT, insyaALLAH pahala pun dapat.
Baiknya DIA.


Nak Kahwin ke Nak Belajar?

'Aisyah, aku tanya kau satu soalan boleh..?' kawan serumah saya bertanya, memecahkan kesunyian bilik pada suatu petang, waktu study leave.


Mata saya terhenti pada satu baris ayat yang dibaca. Mata dialihkan dari buku. Memandangnya.

'Hmm..tanya je la'

'Kau nak kahwin waktu belajar ke selepas belajar?'


'Hmm..dah agak dah' tak terkejut pun dengan soalan tu.

Sebab?

Sebab dalam waktu 'study leave' ni, isu kahwin dah macam sebati je.
Tak tahulah sama ada jenis 'penyakit' hereditary daripada senior-senior atau 'penyakit' acquired, penyakit yang pandai-pandai cari sendiri.

Satu simbolik yang saya rasa tepat untuk menggambarkan situasi ni adalah ;

'kahwin ni ibarat makan nasi dengan solat'- QUOTED

Situasi Dr. Fahrin- Azan Zohor baru saja berkumandang. Perut pula bertukar melodi dari zapin kepada rap. Masuk ke dapur, nasi sudah pun terhidang. Ayam masak merah bersama acar dan segelas jus tembikai di sisi.

Situasi Dr. Haikal- Azan zohor baru saja berkumandang. Perut pula bertukar melodi dari zapin kepada rap. Masuk ke dapur, angkat saji kosong. Tengok periuk kosong. Buka fridge pun kosong. Tiada makanan.

Ha, macam mana nak selesaikan masalah 2 doktor kita ni..
Senang je, alang-alang nasi dah tersedia, Dr. Fahrin eloklah makan dulu lepas tu baru solat. Kalau solat juga, AlFatihah pun boleh tersasul pula nanti. Kalau Dr. Haikal tu pula, solatlah dulu. Janganlah pula nak keluar pergi beli makanan dulu. Silap haribulan, makanan tak dapat solat pun terlepas.


Tukar Lorong

Andai kata masanya BELUM SESUAI, apa kata kita cuba untuk tukar lorong,
lorongkan cinta mengikut PRIORITI..
Prioriti kita sebagai hamba..letak ALLAH nombor satu!


daripada cinta makhluq kepada cinta Khaliq
daripada cinta fana' kepada cinta Agung.

Kita kagum dengan dia sebab dia baik. Tak salah, sebab fitrah manusia sukakan kebaikan.
TAPI, cepat-cepat ingatkan diri kita yang DIA jauh lagi baik kan?


Kita kagum dengan dia sebab dia bijak. Tak salah, sebab fitrah manusia sukakan kebijaksanaan.
TAPI, cepat-cepat ingatkan diri kita yang DIA jauh lagi bijak kan?

Kita kagum dengan dia sebab dia kaya. Tak salah, sebab fitrah manusia sukakan kesenangan.
TAPI, cepat-cepat ingatkan diri kita yang DIA jauh lagi kaya kan?

OSEM kan..?
'Sampai bila kita hendak kagum dengan keenakan kek sahaja dan tak cuba untuk mengenal si pembuat kek'

dan sejauh mana pun si dia sayangkan kita.
ingatlah bahawa DIA lebih-lebih lagi sayangkan kita, kasih sayang yang tiada bandingan

'Jika dia menghampiriKu sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta, jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia datang berjalan kepadaKu, Aku akan berlari kepadaNya. Yakni segera menyahut segala permintaannya'- Hadis Qudsi

Janji ALLAH benar. Allah ciptakan manusia itu berpasangan. Kejar cinta YANG PERTAMA, insyaALLAH cinta kedua, ketiga akan menyusul.


No comments:

Post a Comment