April 25, 2010

iLmU iTu....


in the name of ALLAH...

mudahnya bibir berbicara
tidak sesukar merealisasikan..
hakikatnya begitulah manusia..
lantang bersuara menyebarkan ilmu yg dimiliki, tp....

kata2 seorang ustaz dlm ceramahnya yg lpas msih terngiang-ngiang di telingaku..

'Apabila seseorang itu memiliki ilmu, ALLAH akn mnguji seseorang itu dngn ilmu yg dimilikinya'

ak cba menghayati bait2 kata ustz itu..
'ilmu...ujian...??'
mm..aku krang mengrti

dan SUBHANALLAH..
x lme slps itu, ak 'diuji' dngn ilmuku yg tdk seberapa
'ujian' yg agak brat bgiku..
tdk terdaya rsenya diriku yg krdil ini untk menggungnya,
mahu sja rasenya saat itu mata ini mnangis
berperang dngn perasaan sndri
http://www.emocutez.com


“Allah pasti akan menguji salah seorang dari kamu dengan sesuatu kesusahan, seperti halnya salah seorang dari kamu menguji emasnya dengan api. Sebahagian dari mereka ada yang berjaya keluar dari cubaan Allah seperti emas murni dan sebahagian yang lain ada yang keluar seperti emas yang hitam.” (Riwayat Tabrani)

..dan sekaligus ak teringt kmbali kata2 ustaz itu..
ilmu..ujian..?
Rasulullah tlh mngjr kita dengan satu doa yang bermaksud: “Ya Allah, ajarkanlah kepadaku ilmu yang memberikan manfaat kepadaku dan biarlah aku dapat memanfaatkan apa yang sudah aku pelajari.”adakah ini jawapannya..
akhirnya aku mengerti..
http://www.emocutez.com
manusia diuji dngn ilmunya supaya ilmu itu dpt dimanfatkn!

.I.L.M.U.
meninggikan darjat seseorang seperti firmanNYA dalam al-Quran, surah al-Mujaadalah yang bermaksud: “Allah akan meninggikan orang yang beriman di kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

TETAPI
orang yg mnyebarkan ilmu (menyeru melakukn kebaikan) ttpi dia sndiri tdk mengamalkannya akn dilaknat ALLAH sebagaimana firmannya;“Sangat besar kemurkaan Allah, kamu cakap tetapi kamu tidak melakukannya.”

DAN
orang yg melakukan dosa sedangkan dia mempunyai ilmu akan diazab lebih awal drpd orng yg jahil

TAKUTNYA... 

http://www.emocutez.com
as a conclusion, marilah sama2 kita beramal dngn ilmu yg ad dn semoga kita smua digolongkan dlm golongan hamba2 yang diredhaiNYA...AMEEN

April 20, 2010

eXaM mOdE...jOm mUMtaZ


i
study biar cukup...



  
makan biar cukup...




tapi..JANGAN MACAM NI..



biarlah MACAM NI...


lalala.....
http://www.emocutez.com

giRls Day oUt '10


in the name of ALLAH...
minggu lepas..satu porgram diberi nama 'GIRLS DAY OUT' diadakn di ARMA..
mulanya, tarikh program sehari sebelum EXAM FINAL PRACTICAL BIOCHEMISTRY..
kami tahun satu agak gabra la..
kita dah mula buat plan jahat tak nak pergi..
tapi..ALHAMDULLILLAH..
tarikh exam student Malaysia dlambatkan..
eh, bukan lambat
tunda..
tunda sampai sekarang pun tak exam lagi..
he3..
http://www.emocutez.com
progrzm kol 8 pagi
kita macam biasa 8.30 baru keluar rumah
sambil jalan dok fikir kita dah jadi sama level dengan VIP
lambat..

tapi, rupanya tidak

terkejut kita bila tengok dewan yang indah nian tu 
hanya dipenuhi 2 saf..hu3

oh,semua orang fikir sebijik macam kita..

harapkan orang lain je yang datang awal..OMG!

ayat insaf;
mm..klu tahu macam ni, MAYBE kita akan datang awal
kesian dekat kakak-kakak AJK

majlis perasmian hambar je
tapi..ALHAMDULILLAH..
hambar kejap je..
bila forum tu dah ramai yang datang

ok, kita baru rasa meriah..

ada tukar-tukar hadiah...
persembahan best cairo+ azhar + ainsham..
sc bergaya..
busana muslimah..
booster dose exam..
forum; KERANA AKU WANITA..


kita sebagai freshie kena masuk pertandingan busana muslimah ikut sc
kita jadi model-tak-cukup-kuota

http://www.emocutez.com 

tema  sc kami 'say no to tabarruj'
cover line bila tengok semua sc bergaya sakan
oh..bijak!

habis lewat dari tentatif

tapi enjoy..
seronok berukhuwah :)


oh, jubah polos tak bertabarruj

April 18, 2010

biLa dR. aiSyAh brBcArA..

alhamdulillah..dngn izinNya
yg tlh menggrakkn hati ini utk mnullis lg..
brkongsi pengalmn dan  idea yg x sberpa..
http://www.emocutez.com

mm..sbnrnya nk share psl tzkirah yg ak da bgi msa lps kls physio ari tu. tzkirah tu ak bg 2 mggu lps lg..
tp bru skunk rse nk post..he3
masa mla2 tu agk gabra la jgk..
mklum la..nk brckap dpn -+50 cendekiawan yg jauh lg hbat drpd ak..
dtmbh plk dngn akak2 senior yg tumpng skali dngar tzkirah ak yg ntah ap2 ntah..
tp best la jgk dsbbkn respon2 yg ku trima..smua mnunjukkn mint nk mndngr crita ak..
http://www.emocutez.com
he3..poyo!!!
tjuk critanya ' 5 perkara aneh'
critanya camni..
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."


                        Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.


                        Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.


                        Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."


                        Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."


                        Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.                                      
Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.                                            
Keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.                                                                                                                                                                          
Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."


                        Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."


                        Maka berkata Allah s.w.t., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
tu jer critanya..
http://www.emocutez.com
wallahu a'lam..sekian