February 17, 2011

ya..رسول الله

......صلّوا على رسول الله الحبيب المصطفى
salam maulidurrasul..........



Setelah bermingu-mingu di rumah, tanpa pengisian jiwa; kosong...
alhamdulillah, akhirnya berpeluang menghadiri ceramah maulidur rasul sempena sambutan maulidur rasul peringkat taman perumahan, taman rahmat *nak sebut jugak even x famous


Sambutannya bermula dengan ceramah oleh ustaz dot..dot.dot *x taw nama sebab datang lambat...
Dan diakhiri dengan solat isya' berjemaah dan jamuan nasi ayam sup+daging dan ikan goreng..ehem3, makan x penting actually, yang penting ceramah !! ^_^


Maulidur rasul..bukan sambutan besar-besaran yang diinginkan, tapi penghayatan itu yang utama!!
Disebabkan datang lambat, x banyaklah input yang dapat..*rugi pulak
tp..orang kata 'SHARING IS CARING'..so nak kongsi la sikit isi ceramah tu;




  • Umat Nabi Muhammad adalah umat terpilih

  • 15 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad, Yahudi telah merancang untuk membunuh Nabi

  • Baitul Maqdis tidak akan dimiliki Yahudi ; di situ terdapat batu safrah (42x56) iaitu tempat terhimpunnya tulang sulbi apabila ditiup sangka kala ke2
  • Kejadian aneh semasa kelahiran Nabi :
  1.  tembok cina retak (x roboh sebab tembok tersebut terlalu kuat)
  2. kering Tasik Al-qayyum; tasik yang begitu dalam, dibuat dalam tempoh 1000 hari

  • Nabi tak begitu bimbang dengan peminum arak...sebab dia tak minum arak 24jam,juga pembunuh...tak membunuh selalu,hanya bersebab..tapi Nabi begitu bimbang dengan KEJAHILAN IBU BAPA (membiarkan anak2 mendedahkan aurat etc..)

  • Yahudi bawa masuk pemakaian seluar pendek (lelaki):
  1. University, school (education) : GAGAL
  2. Police : GAGAL
  3. Sports : BERJAYA!!
  • Apabila Nabi lahir, Yahudi makin lemah sebab ramai jin peluk Islam (70% Yahudi berpegang pada jin).  Jin mula peluk Islam sebab terdengar wahyu yang dibaca oleh malaikat (ayat surah TAHA) semasa Nabi berehat di Wadi

  • Semasa hijrah. Saidina Usman bermurah hati membeli perigi Ar-Rahmah daripada Yahudi bernilai     20 000 dinar bagi mengurangkan bebanan orang Islam yang terpaksa membeli air

  • Quran akan menuntut pembacanya selama 40tahun jika salah membaca satu huruf Al-Quran. Sebaliknya jika dibaca betul, Quran akan bantu kita di mahsyar.

  • Perjalanan meniti titian sirat bagi orang biasa 1ribu tahun menaik, 10ribu tahun mendatar,1 ribu tahun menurun. Namun, bagi Nabi hanya sekejap sahaja.Nabi akan berlari-lari kesana kemari untuk membantu umatnya yang hampir jatuh. SUBHANALLAH...

  • Antara syurga dan neraka, ada satu tempat yang hanya didiami oleh lelaki sahaja (bukan syurga, bukan neraka) terdapat dalam surah Al-A'raf. Tapi, kemudiannya akan masuk syurga..

*Rasul s.a.w bersabda:
Orang yg lebih baik disisiku di hari kiamat adalah org yg paling banyak selawatnya kepadaku.(Hr Tirmizi)

JOM SELAWAT...

MySpace

No comments:

Post a Comment