alhamdulilllah summa alhamdulillah...
12 februari 2011; tarikh keramat yang menjadi sejarah buat seluruh penduduk Mesir khususnya, dan semua umat Islam amnya. Omar Suleiman mengumumkan kekalahan Hosni Mubarak dan perletakan jawatannya sebagai presiden Mesir setelah memerintah negara itu hampir 3 dekad ( sejak 14 Oktober 1981). Mubarak yang mula memerintah negara itu sejak Oktober 1981 akhirnya jatuh di tangan rakyat, bergadaikan darah dan nyawa rakyat.Firman ALLAH:
* sejarah 62 tahun yang lepas tarikh yang sama,12 februari1949 telah menyaksikan kesyahidan pemimpin Ikhwanul Muslimin, Imam Hassan Al-Banna. ALLAHUAKBAR!!
Jamal Abdul Nasser : meninggal dunia akibat diRACUN
Anwar Sadat : meninggal dunia akibat ditembak pada 1981.(Mubarak, ketika itu naib presiden, hanya beberapa meter daripada Sadat, dan turut terkena tembakan di tangan.)
Hosni Mubarak : Enam kali pembunuh upahan cuba menamatkan riwayatnya namun GAGAL.Akhirnya digulingkan oleh suara rakyat (demonstrasi besar-besaran rakyat negara itu di Tahrir Square selama 18 hari protes antikerajaan tanpa gangguan - terbesar pernah dilangsungkan di negara itu).Mubarak telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.
Demonstari ini tercetus hasil daripada REVOLUSI TUNISIA dan disokong oleh negara2 sekitarnya. Medan Tahrir turut menjadi medan penyatuan seluruh rakyat Mesir tanpa mengira agama. Sewaktu umat Islam menunaikan solat, mereka yang beragama kristian mengawal sekeliling bagi memastikan keadaan selamat (tidak didominasi oleh mana-mana parti atau mana-mana pemimpin pembangkang)

Amerika Syarikat : "Rakyat sudah menyatakan hasrat mereka...suara rakyat Mesir adalah jelas semestinya demokrasi perlu dilaksanakan mulai sekarang," kata Presiden Barack Obama. "Masih banyak kesulitan yang akan berlaku dan masih banyak persoalan belum terjawab. "Namun pihak tentera sudah menjalankan tugasnya dengan cukup patriotik dan bertanggungjawab sebagai pemerintahan sementara dan kini perlu memastikan peralihan kuasa dilakukan dengan berwibawa demi kehendak rakyat Mesir," katanya.
Iran : "Saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir atas kemenangan mereka dan kami di Iran berkongsi kegembiraan," kata Menteri Luarnya, Ali Akbar Salehi. "Kami berharap pergerakan rakyat di Mesir akan berakhir dengan kejayaan menerusi semangat yang jitu agar mereka mencapai tuntutan dan harapan yang diingini."
Russia : "Kami berharap dengan perkembangan terkini ini, ia boleh mengembalikan semula keamanan dan kestabilan dengan kerajaaan Mesir kembali berfungsi. Kami juga berharap bukan saja kerajaan tetapi parti pembangkang menunjukkan keikhlasan untuk menstabilkan keadaan," kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov. - Reuters

waiting for da new egypt...
No comments:
Post a Comment