kembara 8 egyptian + 2 moroccon = menjejak tinggalan ISLAM di ANDALUS |
ANDALUS bumi sejarah-
Islam memerintah Sepanyol dari tahun 711- 1492 (hampir 8 abad) , bermula dengan kejayaan TARIQ BIN ZIYAD menguasai Andalusia dan berakhir dengan kerajaan pimpinan Sultan Muhammad XII Abu Abdillah An-NashriyyahNasiriyyah dr BANI AHMAR.
♥GIBRALTAR (UK) - JABAL THARIQ
jabal thariq + apes :) |
Gibraltar merupakan wilayah luar negeri Britain yang terletak di selatan Sepanyol. Namanya berasal daripada nama bahasa Arab جبل طارق (Jabal Tāriq) yang merujuk
kepada Batu Gibraltar semasa pemerintahan Bani Umayyah.
Pd bulan Rejab 97H atau Julai 711 M, Thariq b. Ziyad mndpt perintah dr. Gabenor Afrika Utara, Musa b. Nusair untuk mengadakan penyerangan ke semenanjung Andalusia (Semenanjung Iberia yg sekarang meliputi negara Sepanyol dn Portugis). Bersama dengan tenteranya 7000 org, Thariq b. Ziyad menyeberangi selat Gibraltar menuju Andalusia. Setelah mendarat, beliau meminta tenteranyamembakar kapal2 yg besar, yang tinggal hanyalah kapal2 kecil yang diminta pulang mendapatkan bantuan daripada Khalifah.
Pidato beliau yg trkenal :
“Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di hadapan kalian, ke manakah kalian akan lari? Demi Allah, yang kalian miliki hanyalah kejujuran dan kesabaran. Ketahuilah bahawa di pulau ini kalian terlantar daripada anak yatim yang ada di lingkungan orang-orang hina. Musuh kalian telah menyambut kalian dengan senjata mereka. Kekuatan mereka sangat besar, sementara kalian tanpa perlindungan selain daripada pedang-pedang kalian, tanpa kekuatan selain daripada barang-barang yang kalian rampas daripada kalangan musuh kalian. Seandainya pada hari-hari ini kalian masih lagi tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang berkesan, nescaya nama baik kalian akan hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh akan berganti berani kepada kalian. Oleh itu, pertahankanlah jiwa kalian.”
*scene bakar kapal tu ada khilaf..mungkin betul,mungkin tidak..wallahua'lam

kini dibawah british |
Pasukan Islam Berjaya mengalahkan pasukan Kristian di daerah Muara Sungai Barbatepada dan terus menguasai kota-kota penting –Toledo, Kordoba, Malaga, dan Granada, hingga akhirnya Sepanyol berada di bawah kekuasaan Khilafah Bani Umayyah.
Bila msuk Gibraltar ni memang macam masuk negara lain, ada imegresen, cek paspot, mini airport dan yang penting telephone UK style :)
Bila msuk Gibraltar ni memang macam masuk negara lain, ada imegresen, cek paspot, mini airport dan yang penting telephone UK style :)
x perlu prgi UK dah.. |
♥GRANADA - EL BAICIN (ALBEYZIN)
RT:church of San Nicolas LT: MASJID |
From el-baicin, we can see al-hambra yang tersergam indah dan besar. Di el-baicin ni jugak ada 1 masjid yang telah diluluskan oleh kerajaan spain setelah 500 tahun menanti T_T. Bak kata ustaz tourist guide kitorang, dekat SPAIN ni la ISLAM paling susah untuk bangun semula. Dan pastinya bumi SPAIN merindukan sinar ISLAM yg pernah menyinarinya dulu...sebak
spectacular view of KOTA ALHAMBRA with Sierra Nevada in da background |
original Moorish houses |
Alhambra adalah sebuah masjid, istana dan kompleks kota silam kerajaan Moor Granada, di selatan Sepanyol. Istana Alhambra adalah simbol puncak kejayaan Islam di Sepanyol dahulu.
Nama Alhambra, dari Bahasa Arab bermaksud yang merah (Al Hamra الحمراء), berasal dari warna kering-matahari tapia, atau batu-bata dibuat daripada batu kelikir dan tanah liat halus, digunakan untuk mmbina dinding luar.
Pendapat lain mengatakn berasal drpd obor api merah yg mnjadi lampu yg digunakn sewktu pembinaannya pd wktu malam. Ada juga yg berpendpat bhwa nama AL-HAMBRA berasal drpda nama pengasas, Muhammed Ibn Al Ahmar (dalam Khilafah Bani Umayyah), dan ada juga yg berpndapat berasal dari Bahasa Arab Dar al Amra, Rumah Tuannya.
Istana AL-HAMBRA dibina diantara 1248 dan 1354, dibawah pemerintahan Al Ahmar.
Kecantikan dibahagian dalam dianggap sebagai karya, dikalangan raja-raja lain, kepada Yusef I, Mohamed V, Ismail I, dan raja2 lain.
Selepas bandaraya itu jatuh kepada taklukan Kristen 1492, penakluknya bermula untuk mengubah Alhambra t_t
crown yg ditmbah pd dinding sbgai simbl kristian |
Kota AL-HAMBRA ni sangat besar. We spend about 5 hours here, tu pun sbb x tahan sejuk dngn suhu yg negatif.
Istana AL-HAMBRA dilengkapi taman juga bunga-bunga indah. Terdapat juga Hausyus Sibb (Taman Singa) yang dikelilingi oleh 128 tiang yang diperbuat daripada marmar yang indah.
Di taman ini pula terdapat kolam air pancut yang dihiasi dengan 12 patung singa yang berbaris melingkar. Di dalamnya terdapat pelbagai ruangan yang indah : Ruangan Al-Hukmi (Baitul Hukmi), ruangan pengadilan, serta Ruangan Bani Siraj (Baitul Bani Siraj), ruangan berbentuk bujur sangkar yang dipenuhi dengan hiasan-hisan kaligrafi Arab.
Selain itu, istana merah ini dikelilingi oleh benteng dengan yang ditampal dengan tanah liat yang kemerah-merahan. Luar dan dalam istana banyak dihiasi kaligrafi dengan ukiran khas yang sukar ditandingi hingga kini. Kedudukan kota Alhambra yang berada di wilayah Granada juga menjadi faktor keunikan serta kekuhan kota ini. Kawasan bukit yang dinamakan Bukit La Sabica kini, adalah salah satu kawasan yang amat strategik dijadikan sebuah kubu pertahanan dan kota. Andalusia terkenal dengan kesejahteraan rakyatnya serta kemajuan didalam bidang pertanian serta bidang perdagangan.
Pada pertengahan 1491, Raja Ferdinand V mengepung Granada selama tujuh bulan. Dia berhasil menguasai kota Malaga –kota pelabuhan terkuat di Andalusia, lalu Guadix dan Almunicar, Baranicar, dan Almeria. Basis kerajaan Bani Ahmar, Granada, pun akhirnya tunduk, pada 2 Januari 1492 M/2 Rabiul Awwal 898 H.
Kejayaan menawan Andalusia ini, melayakkan Raja Ferdinand dan Ratu Isabella mendapat gelaran sebagai “Catholic Monarch” atau “Los Reyes Catolicos” atau Raja Katolik.Hal ini menyebabkan rakyat Islam di Andalusia hanya mempunyai 2 pilihan iaitu memeluk agama kristian, atau keluar dari Andalusia.
No comments:
Post a Comment