August 1, 2011

dia datang, kamu pergi

'kring..kring..'
adrenaline memuncak...
'kring..kring..kring...'
11.45 p.m..!!sape yang call mlm2 ni..msti emergency case ni..

ehem..ehem.. (betulkan vocal cords..serius mode!!)

'hello..assalamualaikum..'

d sana; 'waalaikumussalam'

'ermm....<loading memory...>'

d sana; 'aisyah ker..?'

'ye... :D'

d sana; 'aisyah on9 x..?'

'on9..tp xde depan lappy..nape..??'

d sana; 'emm..aisyah taw x...fatin dah xde..'

'.......................innalillahi wa inna ilaihi raajiuun'




dan beberapa jam sebelum itu....





'saya mewakili Majlis Raja-raja dengan ini mengistiharkan bhwa 1 Ramadhan jatuh pada hari Isnin, 1 Ogos....'

DATANGNYA RAMADHAN..PERGINYA SEORANG SAHABAT..
pemergian yg sukar dipercayai...
ya!!..bagaikan mimpi..
rasanya, baru saja bercakap dengan arwah..
x sangka pula..waktu pergi ASFOUR beberapa mnggu lpas adlh kali terakhir keluar bersama arwah..
kali terakhir tengok arwah celik msa exam oral BIOCHEMISTRY..susah payah arwah Fatin naik tangga semata-mata nak exam..smbil dpimpin..sunnguh tabah!!

mmg diakui..arwah fatin cukup kuat..
dalam ward pun study memnjang..tu kadang2 rasa insaf..kita yg sihat ni x betul2 menggunakan nikmat sihat + nikmat masa lapang T_T

SEMOGA roh Fatin Fasihah ditempatkan dalam kalangan orang yang dikasihi ALLAH...diampunkan dosa-dosanya..diterima pemergiannya sebagai mati syahid seorang penuntut ilmu yg cukut tabah..ameen Ya Rabb

dan...
kita yang masih hidup..
MUNGKIN juga ini ramadhan yg terakhir untuk kita..
siapa tahu...
esok lusa...kita pula akn dijemput..

rebutlah peluang yg ada selagi kita masih berada di medan amal..bercucuk tanam
dan akn tiba saatnya nnti kita akn berada di medan yang hanya untuk menuai hasil...

Step bercucuk tanam di bulan Ramadhan..

pasangkan niat dengan betul-
'aku mmg suka bulan Ramadhan ni..nak mkan ap je..semua ad kt bazar.'

'target aku tahun ni nak tawaf eluruh bazar2 yg ad kat benua ASIA ni'

'Pak Cik mmg dh lama tunggu bulan RAMADHAN ni...untung banyak berniaga bulan ni'

'Abang..sy da listkan hotel2 yg ad package buka puasa..banyak bang..
siap kena pergi 5 hotel dlm satu hari'

'ayah..sehari puasa RM50 kan ayah....ayah prepare la 1500 ye'

....dan macam-macam lagi.....

target puasa
menurut imam al-ghazali, puasa itu mempunyai martabat yang tersendiri. ia terbahagi kepada 3 martabat, iaitu:

  1. puasa orang kebanyakan. puasa jenis ini bagi mereka yang sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga, serta menjaga syahwat. darjat macam nih biasa kita dapat. sekadar kita niat untuk berpuasa tetapi mulut betah berkata untuk mencela, mata melilau2 mencari ruang2 terbuka yang boleh merangsang deria2 manusia.
  2. puasa khusus صوم الخصوص. ini merupakan puasa orang-orang soleh iaitu orang-orang yang berpuasa bukan sekadar menahan lapar, dahaga dan syahwat sahaja, bahkan berusaha untuk menjaga pandangan dari melihat perkara yang mengurangkan pahala, kurang berbicara tetapi banyak berzikir, memelihara telinga, menjaga angota badan dari melakukan perkara2 tercela, tidak membazir dan memelihara agar sentiasa positif. martabat ini kita boleh berusaha untuk mendapatkannya.
  3. puasa golongan yang khusus daripada khusus صوم خصوص الخصوص . ini merupakan puasa-puasa para nabi, as-siddiqun & al-muqarrabin. puasa mereka ini berada dikedudukan paling tinggi sekali.

 * klu tahun lepas da no 1..takkan tahun ni target no1 lg adik/abang/kakak ....

<muzik background~unic~...>
'umat ISLAM harus cemerlang..hari ini MESTI lebih baik dr semalam'

revise balik perkara yg membatalkn puasa
'ala...subjek UPSR je pun...'

nah..sebabkan subjek UPSR la kena baca balik..UPSR da 10 tahun lepas dah..klu komputer pom da tukar baru..!!

cari buku2 panduan pengisian bulan RAMADHAN
tanya ust GOOGLE pun xpe...

N/B: semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi lebih baik drpda tahun2 yg lalu..
sama2 kita memanfaatkan bulan ramadhan...




No comments:

Post a Comment