June 17, 2010

jom usha Mr. Rejab

ALHAMDULILLAH..dengan rahmat dan kasih sayang-NYA, kita masih diberi kesempatan untuk menyedut o2 dan mengeluarkan co2 dari badan..etc.etc..alhamdulillah~


 Sedar x sedar, sekarang kita sudah ketemu lg sekali sama Mr. Rejab..hehehe Rsenye x trlambat lagi untuk mengucapkan AHLAN WASAHLAN pda Mr. Rejab..even hari ni da msok ari ke-5. mm..ap yang best sgt ngan Rejab ni.? Ad apa2 ker.?(saspen2!!) http://www.emocutez.com  

haa..ap lagi..jom sesama usha Mr. Rejab...



 
Rejab ni bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya.Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab.  


Actually, Rejab ni merupakan satu drpda BULAN2 HARAM. Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab-. Dalam Bulan Haram, Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang , kecualilah jika mereka diugut.

Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj dimana Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Peristiwa2 laen yng berlaku dlm bulan Rejab ni ialah :

Hijrah Pertama- Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Perang Tabuk-  mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran 

Pembebasan baitul-muqaddis oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi

Lahirnya Imam Syafie RH.- Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. 




Dalam bulan ini jga banyak amaln2 sunat yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya, anataranya ialah ;
Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Ertinya; Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid [Riwayat At-tabrani]

Bertaubat

Berpuasa

Berdoa
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila masuk ke bulan Rejab baginda berdoa dengan doa berikut: Maksudnya: “Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.
Bersedekah



* Tetapi..., perlu kita ingat bahawa banyak antara hadis2 berkenaan fadhilat2 rejab ni merupakan hadis dhaif {merujuk pada artikel Fadhilat Rejab : Antara realiti dan fantasi



Dah tu, nak wat camne ni.??
http://www.emocutez.com
mm..rsenye ustaz sy pernah cakap mase kt MAAHAD dolu2, sbagi HAMBA, kita just buat amalan2 trsebut, soal pahala semua tu serah sahaja pada DIA YANG MAHA KUASA.Ap yng penting keikhlasan kita dalam beribadat.(perbetulkan jika saya silap)

So..sekarang da kenal sama Mr. Rejab. Apelagi, jom sama2 'gunakan' kebaikan Mr. Rejab sebelom dia meninggalkan kita. Semoga setiap amalan kita mendapat ganjaran daripada-NYA.. Insyaallah...
rejab Pictures, Images and Photos

No comments:

Post a Comment